Influencer TikTok Kecam Mudryk Post Gambar Warga Emas Terlondeh Seluar Di Gym

Bintang Chelsea Mykhailo Mudryk telah dikecam oleh influencer yang banyak menegur perangai tak sepatutnya ahli gym iaitu Joey Swooll.

Swoll dikenali dengan ketegasannya menegur kelakuan yang tidak sepatutnya oleh ahli gym. Ini termasuk memperlekehkan orang lain dan menceroboh ruang privasi serta banyak lagi.

Joey Swoll serigkali menasihati ahli gym agar menjaga etika mereka ketika di gym. Kerana itu adalah tempat orang mahu menjadi sihat.

Ada yang menggunakan gym untuk memperbaiki cara hidup mereka yang tidak sihat.

Mudryk telah melanggar etika gym yang menurut Joey Swoll sangat kebudak budakan.

Dan peminat termasuk peminat Chelsea benar benar tidak menyangka bahawa bintang kelab itu Mykhailo Mudryk berada dalam ‘crossover’ dunia Joey Swoll.

Semuanya gara gara pemain berusia 22 tahun itu memuat naik video di instagram menunjukkan seorang warga emas yang menggunakan alatan gym.

Mudryk ketawakan seluar warga emas tersebut yang terlondeh.

Tindakan Mudryk itu mengudang kecaman daripada Joey Swoll. Di mana dia memiliki 6.7 juta pengikut di TikTok.

Swoll berkata: “Jadi, kau nampak seorang lelaki di gym, berusaha keras, cuba melakukan lebih baik, dengan jurulatihnya.”

“Dia dalam situasi memalukan di sini, ya, kerana dia agak terdedah.”

“Dan kamu memutusukan: ‘Hey biar aku ambik video dan post ia di media sosial dan mengejeknya. Semuanya semata mata mahu meraih perhatian’.”

“Biar betul? Maafkan bahasa saya, namun apa masalah persetubuhan [f] kau ni ye?”

“Kau tu seorang pemain bola sepak profesional, bermain untuk Chelsea di Liga Perdana Inggeris.”

Swoll kemudian meletakkan kapsyen: “Sama ada kau tolong dia atau jaga kain sendiri dan jauhkan telefon kau tu.”

Peminat peminat di ruangan komen benar benar tak sangka. Mereka melihat Mudryk kena ‘masak’ dengan Joey Swoll.

Mereka sendiri keliru sama ada nak marah atau nak tergelak.

Seorang lagi berkata: “Ah tidak! Ini bukan crossover yang saya pernah sangkakan.”

 

Baca yang lain