Ingat CEO Ini? Potong Gajinya 90% Demi Beri Stafnya RM280K Setahun, Kini Untung Berlipat Ganda

Ingat lagi tak dengan mat saleh nama Dan Price? Yang sebelum ni kami ada tulis pasal kisah dia sanggup potong gaji dia sendiri demi menaikkan gaji staf dia.

Dan Price memotong 90% gajinya supaya para pekerjanya boleh menikmati gaji minimum $70,000 setahun

Tindakan drastik Price

CEO dan juga co-founder kepada Gravity Payments iaitu, Dan Price telah berjaya membentuk satu syarikat yang bergaji tahunan minima RM280,000 ataupun USD70,000.

Dan itu merupakan KPI yang beliau letakkan untuk dirinya sendiri. Mana nak jumpa CEO macam ni kan?

Biasanya KPI mereka nak dapat untung besar dan kemudian memerah keringat pekerja di bawah mereka.

Namun ini tak! Dan Price meletakkan KPI peribadinya, mahu membayar pekerjanya dengan gaji tahunan minima USD70,000 / RM280,000.

Ini bermakna, setiap bulan, para pekerjanya akan menerima sekurang – kurangnya RM23,000 sebulan.

Dan Price baru sahaja berusia 36 tahun pada hari ini. Namun syarikatnya sudah menjana keuntungan berjuta juta dollar setahun.

Gravity Payments adalah syarikat yang memproses bayaran kredit kad serta beberapa lagi service kewangan.

Bagaimana beliau melakukannya? Dan Price telah memotong gaji tahunannya sendiri – sebagao CEO – sebanyak USD1 juta / RM4 juta setahun untuk membantu menambah dana bagi membayar gaji pekerja.

Ini demi untuk memastikan kira kira 120 stafnya menerima gaji minimum USD70,000 / RM280,000 setahun.

Bagaimana segalanya bermula?

Segalanya bermula daripada satu peristiwa pada 2011. Di mana beliau bertengkar dengan seorang pekerja beliau yang berusia 32 tahun.

Pekerja tersebut bernama Jason Haley yang menerima $35,000 / RM140,000 setahun.

Price mempersoalkan tahap produktiviti Haley. Dan mereka akhirnya bersemuka ketika rehat untuk merokok.

Price telah mendekati Haley dan bertanya, apa masalah pekerjanya itu. Jason Haley menjawab: “Kau koyakkan aku / memerah keringat aku dengan teruk.”

Price kemudian tidak faham dengan kenyataan Haley. Dan dia meminta penjelasan lagi.

“Aku tak ada memerah kau. Aku bayar kau berdasarkan nilai pasaran sekarang ini.”

Haley menambah: “Aku tau niat kau tak baik. Kau bercerita tentang bagaimana kau simpan duit dengan disiplin. Pada masa sama kau nak sindir aku yang aku tak buat duit cukup banyak kan?”

Price tekad nak bagi gaji besar

Sejak daripada hari itu Dan Price bertekad mahu memastikan semua pekerjanya buat duit secukupnya dan cuba menetapkan satu kadar gaji tahunan yang menggembirakan mereka.

Price meletakkan gaji minima itu, hasil daripada kajiannya ketika belajar ekonomi. Di mana beliau mencari satu angka gaji minima yang membuatkan orang Amerika benar-benar gembira.

Siapa yang tak suka gaji besar kan? Menurut Dan Price, angka itu buat masa ini telah membuatkan semua orang gembira.

Dan beliau mendapati angka itu adalah $70,000 ataupun RM280,000 setahun.

Menurut Dan Price, sejak beliau berusaha untuk menetapkan gaji tahunan minimum itu, dengan harapan ia mampu membuatkan semua pekerja semakin produktif.

Beliau akhirnya berjaya mencapai apa yang diharapkannya sejak peristiwa 2011 itu dulu.

Ada tak yang malas nak datang kerja? Sudah tentu tidak. Mana nak dapat gaji sebesar itu lagi kan?

Kini menikmati keuntungan 3 kali ganda

Dan Price juga gembira apabila para pekerjanya telah membantu  memproses bayaran Gravity Payments, 3 kali ganda.

Beliau percaya, beliau telah berjaya memberikan gaji yang membuatkan pekerja gembira.

Para pekerja lebih fokus kepada pekerjaan. Lebih gembira, kerana merasakan syarikat menghargai mereka.

Price juga menegaskan, para pekerja beliau semakin bahagia dengan keluarga mereka. Di mana mereka mulai membeli rumah idaman, dan kereta idaman.

Jelas sekali impaknya juga dirasai oleh keluarga-keluarga para pekerja beliau.

Price mengakui, sejak mengambil keputusan tidak popular itu pada 2015, syarikatnya telah meningkatkan keuntungan sebanyak 3 kali ganda.

Beliau juga gembira para pekerjanya dapat menikmati kehidupan yang lebih baik.

Menulis di Twitter, Price berkata:

“Ketika saya mula menetapkan gaji minimum $70k untuk staf saya di syarikat Rush Limbaugh pada 2015 [seorang pengulas politik AS ] berkata: ‘Saya harap syarikat ini akan menjadi kajian kes di MBA tentang bagaimana sosialisme tidak akan berjaya, kerana ianya akan gagal’.

“Namun sejak hari itu syarikat kami berjaya melipatkan keuntungan 3 kali ganda, dan kami sekarang menjadi kajian kes yang berjaya di Harvard Business School.”

Dia Price kemudian menyatakan bahawa kejayaan beliau bukan hanya kerana dia meningkatkan perniagaannya, tetapi juga kehidupan pekerjanya, dengan mengatakan bahawa jumlah pemilikan rumah di kalangan pekerjanya telah meningkat 10 kali ganda.

Seterusnya 70 peratus daripada mereka berjaya membayar hutang.

Blangan pekerja yang mempunyai anak juga meningkat 10 kali ganda. Dan kakitangan mereka 76 peratus ‘bekerja’ – dua kali ganda purata kebangsaan AS.

Dan Price mempertahankan tindakannya. Sebelum ini ada yang menyatakan, apabila manusia diberikan terlalu banyak wang dan manfaat lain, mereka akan mulai membazir dan tidak menghargainya.

Sebaliknya, Dan Price menyatakan ternyata para pekerjanya menghargai wang yang mereka ada dan menggunakannya pada saluran yang betul termasuk melangsaikan hutang mereka.

Produktiviti mereka semakin bertambah kerana bersyukur berada di sebuah syarikat yang benar benar membantu mereka memperbaiki kehidupan mereka.

Bercakap kepada BBC awal tahun ini, Price mengatakan: “Terdapat sedikit kebimbangan di antara para penentang idea kami di luar sana bahawa mereka akan mensia-siakan keberuntungan yang mereka dapat. Dan kita benar-benar melihat sebaliknya.”

Dia menambah: “Sebelum gaji minimum $ 70,000, kami mempunyai antara seorang dua bayi yang dilahirkan setiap tahun di antara pasukan.

“Dan sejak pengumuman itu – dan baru sekitar empat setengah tahun – kami sudah mempunyai lebih daripada 40 bayi.”

Sementara pekerja Rosita Barlow, pengarah penjualan di Gravity, memberitahu BBC sekarang ini para pekerja sudah tidak memikirkan soal wang. Dan fokus mereka adalah kepada pekerjaan.

Hal ini kerana mereka sudah merasakan wang adalah cukup dan mereka dibayar dengan sebaiknya.

“Apabila wang tidak berada di  bahagian paling hadapan dalam fikiran anda ketika anda melakukan pekerjaan, ia membolehkan anda lebih bersemangat dengan apa yang memotivasi anda.”

“Anda tidak fikir saya harus pergi bekerja kerana saya harus mendapat wang. Sekarang ia menjadi fokus pada ‘Bagaimana saya melakukan kerja yang baik?'”