Guangzhou FC telah tersingkir daripada Liga Super China selepas kekalahan 4-1 kepada Changchun Yatai – satu pencapaian yang agak luar biasa mengejutkan memandangkan reputasi mereka yang gah sebelum ini terutama sekali pada era revolusi bola sepak China era moden.
Mereka merupakan 2 kali juara Liga Juara Juara Asia pada 2013 dan 2015. Menjadikan kelab itu sebagai antara kelab Asia paling digeruni.
Guangzhou FC, dahulunya dikenali sebagai Guangzhou Evergrande, telah menjadi salah satu pasukan paling dominan di China sepanjang dekad yang lalu, menjulang 8 gelaran CSL dalam tempoh 11 tahun.
Kali terakhir mereka menjulang trofi liga pada 2019 apabila saingan Beijing Guoan menduduki tempat kedua tetapi dalam kejatuhan dramatik, pasukan itu secara matematiknya sudah tersingkir selepas kekalahan memalukan di tangan Changchun Yatai pada hari Selasa.
Mereka kini menduduki tempat ke-17 selepas hanya meraih tiga kemenangan daripada 33 perlawanan.
Dari 2011 dan beberapa musim berikutnya, Guangzhou adalah salah satu pasukan yang berbelanja paling tinggi di China apabila kelab kelab dari Liga Super China mula melabur dengan banyak. Mereka turut mendapatkan khidmat jurulatih ternama seperti Marcelo Lippi dan juga Luiz Felipe Scolari.
Mereka menandatangani Darío Conca dari kelab Brazil Fluminense semasa kempen 2011/12 dan membuka kepada penandatanganan lebih banyak bintang lagi.
Jackson Martinez mengejutkan bola sepak dunia apabila dia menolak tawaran daripada beberapa kelab Eropah untuk menandatangani kontrak dengan Guangzhou.
Penyerang Colombia itu meninggalkan Atletico Madrid untuk menyertai dengan bayaran rekod kelab sebanyak €42 juta pada 2016.
Dan beberapa bulan sebelum itu, kelab itu menandatangani pemain tengah Brazil, Paulinho dari kelab Liga Perdana Inggeris, Spurs, membelanjakan €14 juta untuk mendapatkan khidmatnya.
Ketibaan nama besar lain ialah Talisca yang menandatangani perjanjian dengan kelab China itu dari Benfica pada 2018 dengan harga €19.2 juta sebelum Paulinho menyertai semula kelab itu pada 2019 dengan nilai perpindahan €42 juta.
Berikut ialah senarai 10 teratas rekod ketibaan mereka ihsan Transfermarkt.
Guangzhou tidak pernah sama lagi selepas syarikat Evergrande muflis. Mereka hanyalah kelab biasa yang bergelut dengan prestasi.
The Guangzhou Evergrande football team was relegated after Evergrande Real Estate went bankrupt. An era is over, not just football, it's really over. pic.twitter.com/q2eVPAHhu4
— 番外联邦 FANWAI 🇺🇦 (@dsbxtw9991) December 27, 2022
Liga Super China bertanggungjawab untuk beberapa perpindahan terbesar dalam sejarah bola sepak.
Penyerang Argentina Ezequiel Lavezzi menjadi penerima pendapatan tertinggi dalam sejarah CSL apabila dia menyertai Hebei China Fortune. Malah, tiada siapa yang memecahkan rekod gajinya lebih sejak itu.
Bekas pemain Napoli itu, yang memuktamadkan perpindahannya ke China dari Paris Saint-Germain pada musim panas 2016, memperoleh £798,000 seminggu yang dilaporkan selama tiga tahun di Stadium Langfang.
Jika angka itu benar, maka Lavezzi memperoleh £41.5 juta setahun dalam CSL, di mana dia menjaringkan 35 gol dalam 74 perlawanan sebelum mengumumkan persaraannya pada akhir November pada 2019.
Carlos Tevez juga memperoleh £634,615 seminggu yang dilaporkan semasa berada di Shanghai Shenhua, manakala bekas pemain tengah Chelsea, Oscar memperoleh £500,000 seminggu di Shanghai SIPG.
Nampaknya tidak mungkin sesiapa akan mengatasi pendapatan keseluruhan Lavezzi selepas Liga Super China mengenakan had gaji ke atas pemain asing tahun lalu untuk ‘mengekang budaya bola sepak wang’ dan mewujudkan dasar yang lebih menyokong pasukan kebangsaan.