Ini 3 Pemain Disenarai Ten Hag Untuk Mencabar Jawatan Kapten Maguire

Harry Maguire telah banyak menerima kecaman daripada ramai peminat Manchester United. Dia dianggap tidak sesuai menjadi kapten Red Devils.

Mereka sebelum ini berharap Ralf Rangnick menukar kapten kelab kepada pemain lain yang lebih layak.

Namun Rangnick tidak mahu berbuat demikian kerana menrutnya Maguire masih lagi pemain yang bagus dan kapten yang bagus.

Lagipun Rangnick merupakan interim di Man United. Takkan dia nak lebih lebih kan?

Terbaru, Erik Ten Hag sudah mengenalpasti 3 nama yang dipertimbangkan untuk menjadi kapten Manchester United selain daripada Harry Maguire.

Tetapi buat masa ini, Maguire masih lagi pemain yang mendapat kepercayaan Ten Hag. Ini selepas pengurus asal Belanda itu memuji Maguire sebagai pemain yang hebat dan memberikan sumbangan yang banyak kepada kelab.

Itu tidak menjamin kedudukan Maguire sebagai kapten pasukan pada musim yang akan datang.

Jadi berikut 4 nama yang dipertimbangkan Ten Hag.

1. Harry Maguire mungkin akan terus kekal

Harry Maguire mungkin akan terus dikekalkan sebagai kapten pasukan Red Devils pada musim hadapan. Ten Hag sudah menegaskan bahawa Maguire merupakan pemain yang akan mennadi teras kepada pembentukan pasukannya musim hadapan di bahagian pertahanan.

Ten Hag malah tidak mahu melepaskan Maguire ke mana mana kelab. Sebaliknya dia mencari gandingan terbaik untuk Maguire, termasuk nama Pau Torres yang dikaitkan dengan pasukan United.

Varane yang seringkali mengalami kecederaan kemungkinan akan terus bergelut untuk beraksi setiap minggu pada musim hadapan.

Bercakap pada sidang akhbar Man United pertamanya, Ten Hag tidak memberi jaminan bahawa pemain antarabangsa England itu akan mengekalkan lilitan kaptennya.

“Musim depan adalah musim yang berbeza, tetapi dia melakukan kerja yang hebat. Dia pemain yang hebat, dia telah mencapai banyak kejayaan dengan sumbangannya kepada Manchester United,” katanya. “Saya tidak sabar untuk bekerja dengannya.”

2. Bruno Fernandes

Sebelum kedatangan Ronaldo ke dalam United, Bruno Fernandes adalah titik fokal kepada sistem Manchester United.

Pasukan Manchester United boleh dikatakan sebagai pasukan Bruno Fernandes merujuk kepada taktikal yang berkisar padanya.

Sejak menyertai Manchester United dia menjadi pemain sangat prolifik, walaupun angka gol beliau agak merosot musim ini.

Tetapi dia masih lagi pemain penting Manchester United dan sudah dihadiahkan dengan kontrak baharu. Menjadikannya antara penerima gaji tertinggi di United.

Ramai peminat percaya seharusnya Ole Gunnar Solskjaer sebelum ini menyerahkan sahaja lilitan kapten kepada Bruno Fernandes ketika ianya dikosongkan oleh Ashley Young.

3. David De Gea

Mengambil kira tempoh perkhidmatan, dia merupakan pemain paling senior dalam skuad Manchester United.

Menjadi penyelamat Manchester United dalam banyak situasi. Dia dianggap calon sangat layak untuk menjadi kapten. Dengan mengambil kira kepimpinannya yang semakin baik.

Baru baru dia sudah menyatakan ikrar setia bersama Manchester United dan dengan terbuka berkata: “Kepada pemain yang mahu pergi, sila berambus sahaja.”

Tanda De Gea sudah bosan dengan drama beberapa pemain yang menjadikan kelab mereka sebagai tawanan mereka.

4. Cristiano Ronaldo

Jika ada undian dibuat untuk peminat memilih, rasanya nama Ronaldo akan menjadi pemenang.

Dia turut berada dalam senarai calon Ten Hag. Sebelum ini Erik Ten Hag berkata dia menafikan laporan bahawa Ronaldo mungkin antara pemain yang dia mahu lepaskan.

Ten Hag malah berkata dia gembira dapat bekerjasama dengan Cristiano Ronaldo. Ditanya apakah peranan Ronaldo di dalam pasukannya musim hadapan. Ten Hag berkata, jawapannya mudah, dia menjaringkan gol, kerana itu kepakarannya.

Ronaldo kembali memperkuat Red Devils pada musim 2021/22. Walaupun ada desas desus menyatakan bahawa dia mungkin akan meninggalkan Man United kerana gagal beraksi di UCL, namun Ronaldo juga seperti De Gea, sudah berikrar mahu kekal.

Dia turut meminta peminat memberikan masa kepada Ten Hag untuk menyusun atur semula pasukan.

Kepimpinan Ronaldo usah dipertikaikan. Dia memang pemimpin penting dalam pasukan yang ada sekarang ketika bilik persalinan Man United yang carca merba.

Ralf Rangnick malah menyatakan bahawa Ronaldo seringkali berjumpa dengannya untuk menyatakan beberapa kritikannya ke atas perkara yang tak betul dalam pasukan.

Sebelum ini dia pernah mengingatkan pemain pemain muda United: “Pemain muda sekarang tak nak dengar nasihat orang macam kami. Tapi tak mengapalah, kalau kamu perlukan nasihat, kami akan sentiasa ada. Kalau tak nak dengar, terpulanglah.”

Selain itu, Ten Hag sedang berusaha untuk membawa masuk pemain pertahanan Ajax Amsterdam, Jurrien Timber dan pemain Villarreal, Pau Torres.

Baca yang lain