Bidang penerbangan sememangnya didominasi lelaki. Namun sejak akhir-akhir ini, terdapat peningkatan ketara para kaum hawa menjadi juruterbang.
Di Amerika Syarikat sahaja dilaporkan seramai 42,694 orang wanita memiliki lesen penerbangan yang aktif pada 2017.
Mereka bekerja di sektor seperti pesawat komersial, pesawat peribadi dan banyak lagi.
Tetapi angka itu pastinya masih jauh kerana pada 2019, berdasarkan statistik di UK dan AS, hanya 4.4% sahaja juruterbang wanita yang menjadi juruterbang kapal terbang komersial, bersamaan dengan 6,994 orang.
Namun begitu, di sebalik dominasi lelaki dalam bidang aviation ini, wanita tetap mencipta sejarah unik.
Ini apabila gandingan ibu dan anak buat pertama kali menjadi duo juruterbang yang menerbangkan Delta Boeing 757.
Captain Wendy Rexon and her first-officer daughter, Kelly Rexon, are the first mother and daughter pair in history to pilot a commercial flight together.https://t.co/u8luG43WNU#UnEarthWomen #Inspiration #GirlPower
— Rukshmanii kumari (@KumariRukshmani) December 3, 2019
Kapten Wendy Rexon, dan pembantunya, Pegawai Satu – Kelly Rexon menjadi gandingan pertama ibu dan anak menerbangkan kapal terbang komersial bersama-sama.
Keluarga Rexon ni memang keluarga aviation. Ayahnya juruterbang, ibu pun juruterbang. Keluarga Rexon ada dua anak perempuan yang turut menjadi juruterbang.
Ayah mereka bekerja untuk American Airlines.
Korang tengok gambar mereka dekat sini, rasanya datuk dia pun pilot tu. Nenek dia je tak ada baju kapten.
Kelly menyatakan beliau menikmati kehidupannya dalam keluarga juruterbang. Beliau sudah menganggap ia sebagai darah daging keluarganya.
Lebih menarik, Kelly Rexon kini meruapakan seorang instructor bidang penerbangan dan mengajar adiknya di dalam kelas beliau.
Kelly berkata: “Ini memang sudah menjadi sebahagian daripada keluarga kami. Saya mulai menerbangkan kapal terbang pada usia 16 tahun.”
“Dan saya sangat berbesar hati menjadi pengajar kepada adik perempuan saya yang merupakan pelajar pertama di bawah kendalian saya.”
Berbalik kepada kisah ibu dan anak ini tadi. Mereka menerbangkan kapal terbang daripada lapangan terbang JFK di New York.
Penerbangan mereka agak mencabar dengan suasana yang berasap di bahagian kokpit. Namun mereka berjaya mendarat dengan selamat.
Wendy melihat anaknya Kelly mendaratkan kapal terbang secara kecemasan kerana tidak pasti apa masalah yang dihadapi.
Wendy memuji Kelly: “Dia sangat hebat. Ianya situasi sukar yang dia jadikannya mudah kerana latihan dan juga kompetensi yang ada padanya.”
Inspirasi untuk korang!