Manchester United kini sedang berbincang dengan Antero Henrique untuk membawa beliau menyertai pengurusan di Old Trafford.
Antero Henrique merupakan bekas Pengarah Sukan PSG. Namun beliau tidak disambung perkhidmatannya kerana PSG mahu melantik semula Leonardo sebagai Pengarah Sukan.
Ed Woodward kini dalam kesulitan dalam isu perpindahan pemain. Man United antara sebilangan kecil kelab besar yang tiada Pengarah Sukan. Mungkin satu-satunya untuk pasukan yang mengaut keuntungan lebih £300 juta dan ke atas.
Get French Football (GFFN) antara sumber yang kuat dalam melaporkan berita perpindahan pemain dan juga berita bola sepak.
Mereka mengesahkan bahawa bekas Pengarah Sukan PSG itu sedang dalam perbincangan untuk mengisi jawatan di Old Trafford.
Cuma tidak pasti Man United akan mewujudkan jawatan Pengarah Sukan. Tetapi beliau akan dilantik untuk mengendalikan hal ehwal perpindahan pemain.
Jadi, jika ini berlaku, maknanya, kuasa akhir masih di tangan Ed Woodward.
Antero Henrique merupakan salah seorang Pengarah Sukan yang sangat teliti di dalam tugasannya.
Antero Henrique dianggap Pengarah Sukan yan peling berpengaruh di PSG. Beliau berjaya mendapatkan Neymar dari Barcelona dan kemudian mendapatkan Kylian Mbappe ke AS Monaco dengan transaksi pinjaman, kerana takut tersabit dengan FFP.
Kebijaksanaan beliau untuk mendapatkan Neymar dan Mbappe pada satu jendela yang sama tanpa disabitkan dengan FFP merupakan tugas yang sangat luar biasa.
Penyokong Man United masih tidak berpuas hati dengan Ed Woodward dan pengurusan Glazer. Dengan baki jendela perpindahan tinggal beberapa hari sahaja lagi, masih tiada pemain yang dibawa masuk.
Man United sebelum ini gagal membawa Erling Braut Haaland. Dan kini masih belum dapat menandatangani Bruno Fernandes.
Dalam beberapa perlawanan terakhir United, para penyokong mereka melakukan protes di dalam dan di luar stadium.
Mereka tak puas hati dengan keluarga Glazer yang mengambil keuntungan berbillion dollar sejak memiliki Man United tetapi tidak menunjukkan kesungguhan mereka dalam aspek bola sepak di atas padang.
Antero Henrique pastinya orang yang cukup CV dan kaliber untuk menggalas jawatan Pengarah Sukan.
Namun halangan utama untuk beliau datang ke Man United mungkin isu kuasa akhir dalam menentukan perpindahan pemain.
Sebelum ini beliau membantu pengurus pasukan di PSG untuk mendapatkan pemain yang mereka inginkan.
Antero Henrique | Manchester United said to be in talks with former PSG director of football, over becoming their 'market man'.https://t.co/ucBOAwUkSP #mufc
— Sport Witness (@Sport_Witness) January 27, 2020
Tetapi jika struktur di Man United menghadkan kuasa beliau, maka keputusan akhir masih di tangan Ed Woodward.
Ed Woodward sebelum ini pernah menyatakan mereka sedang mencari pengarah sukan. Beberapa legenda Man United termasuk Rio Ferdinand, Dmitar Berbatov dan juga Edwin Van der Sar antara mereka yang dikaitkan dengan jawatan itu.
Namun sehingga ke hari ini masih tiada pengarah sukan dilantik oleh Ed Woodward di Man United.