Ini Adalah Rekaan Samsung Galaxy S11 Yang Tertiris

Sebuah laman yang dikenali dengan kebocoran rekaan gadget terutama sekali telefon pintar yang terkini, iaitu Truculent telah membocorkan rekaan akhir Samsung Galaxy S11.

Steve Hemmerstoffer aka @OnLeaks dari Truculent menyatakan bahawa Samsung Galaxy 11 akan menambah baik kapasiti bateri pada perbezaan yang tinggi berbanding Galaxy S10.

Jadi korang boleh expect ianya berbeza sangat jauh selepas ini.

Seterusnya paparan dan juga pembacaan biometrik juga diperkemas lagi dengan tahap keselamatan yang lebih tinggi.

Samsung Galaxy 11 akan dimuat dengan quad camera (4 kamera). Dan rekaannya lebih mementingkan simetri pada semua bahagian.

Jadi bagaian atas dan bawah adalah sama.

Saiz kamera utama adalah 108MP seperti yang dijangka. Kamera telefoto dijangka bersaiz 48MP dengan zoom optikal 5X.

Saiz kamera ultralebar pula 48MP dengan adanya time-of-flight (ToF) sensors.

Sebelum ini beberapa rumors menyatakan camera bump pada Galaxy S11 akan lebih tinggi daripada iPhone 11.

Kamera akan dimuat pada satu bahagian sisi empat.

Ini selepas beberapa pembekal silicone casing telefon tersebut telah membocorkan rekaannya.

https://twitter.com/schnailcase/status/1211469922708144129?s=19

Terdapat juga rumors menyatakan bahawa Samsung Galaxy S11+ makan harga dengan paparan skrin 6.9 inci serta 120HZ.

Samsung terus menjadi salah satu pemain utama dalam industri telefon pintar. Ianya menjadi jenama yang memiliki ramai peminat.

Jadi kepada peminat Samsung anda tunggulah kemaskini terbaru tentang produk ini.

Baca yang lain