Kevin De Bruyne tidak mahu bermain dalam Piala Dunia Kelab untuk Man City. Kerana dia tak mahu mengambil risiko. Selain itu, De Bruyne turut memikirkan soal keluarganya dalam keputusannya untuk tidak bermain di pertandingan tersebut.
Apa risiko yang dimaksudkan Kevin De Bruyne?
Risiko kecederaan semasa mewakili Man City dalam pertandingan itu, terutama sekali kontraknya sudah hampir tamat. Jika itu berlaku, De Bruyne akan menanggung kecederaan itu sendiri.
Dan boleh membuatkan dia gagal mencari kelab baharu. Atau membuatkan pra kontraknya dalam masalah jika berlaku kecederaan.
Man City berhak untuk tidak merawat De Bruyne atau menanggung kos rawatannya jika kecederaan serius berlaku.
Oleh kerana pertimbangan melibatkan perkara seperti inilah De Bruyne nekad tidak mahu bermain di Piala Dunia Kelab yang akan datang bersama Man City.
De Bruyne berkaya: “Saya tak akan bermain untuk Manchester City dalam pertandingan Piala Dunia Kelab yang akan datang. Pertandingan itu berlangsung sebelum kontrak saya berakhir.
“Apa layanan kelab jika saya cedera ketika itu nanti? Ini semua tak masuk akal. Saya harus menjaga diri saya sendiri. Kalau saya masih berusia 20-an mungkin lebih mudah untuk saya mengambil keputusan [untuk bermain].
“Usia muda macam tu senang nak pergi jauh jauh ke luar negara. Sekarang saya ada keluarga.”
De Bruyne akan tamat kontrak akhir musim ini bersama dengan Man City. Pep Guardiola pastinya mengharapkan pemain itu dapat menyertai skuadnya ke Piala Dunia Kelab 2025.