Ini Alasan Sebenar Rashford Disishkan Amorim

The Athletic telah mendedahkan alasan sebenar pengurus, Ruben Amorim menggugurkan Marcus Rashford daripada skuad Manchester United.

Beberapa bulan terakhir Rashford di Old Trafford memang akan sukar untuk peman itu.

Dia diketepikan daripada empat perlawanan sepenuhnya tetapi kembali ke skuad pengurus Portugal itu dalam kekalahan 2-0 kepada Newcastle – walaupun hanya diletakkan di bangku simpanan untuk keseluruhan perlawanan.

Kini, keputusan Amorim untuk menyisihkan Rashford telah dijelaskan sepenuhnya.

Pada Disember, United menewaskan Everton 4-0 di Theater of Dreams. Menurut The Athletic, Amorim diberitahu selepas perlawanan itu bahawa dua hari sebelumnya, 48 jam sebelum perlawanan, Rashford telah menghabiskan malam Jumaat berfoya foya di sekitar bandar Manchester.

Pengurus yang berasal dari Portugal itu tidak gembira dengannya dan tidak mahu pemainnya keluar melepak di bar pada sebelah malam ketika hampir dengan hari perlawanan.

Dia sudah memberitahu pemain tentang polisi dan garis panduan sebelum hari perlawanan. Namun peliknya Marcus Rashford mendakwa dia tidak tahu tentang perkara itu atau tidak maklum.

Tiga hari kemudian Rashford diketepikan daripada kesebelasan utama untuk perjalanan United ke Arsenal. Namun ketiadaannya dipercayai semata-mata disebabkan oleh penggiliran skuad.

Tetapi ia menimbulkan persoalan jika kehidupan sosial Rashford menjadi punca keputusan Amorim, terutamanya memandangkan penyisihan pemain itu yang berterusan.

Amorim sebelum ini sudah diberikan amaran oleh beberapa pihak tentang masalah disiplin Marcus Rashford walaupun dia pemain yang sangat berbakat.

Kehidupan malam Rashford telah menimbulkan isu sebelum ini – pada Januari 2024 dia keluar berpesta di Belfast sebelum pertembungan Piala FA United vs Newport County.

Pengurus ketika itu Erik ten Hag mengadakan perbincangan dengan pemain berusia 27 tahun itu mengenai kelakuannya dan difahamkan dia didenda potong gaji dua minggu.

Ten Hag malah dengan terbuka meminta Rashford mengubah sedikit cara hidupnya agar dia terus menjadi pemain elit.

Rashford malah pernah disisihkan ke bangku simpanan kerana tidak datang mesyuarat pasukan. Dia masuk dan menjaringkan gol kemenangan United.

Dia meminta maaf kepada peminat  United dan menyatakan dia menerima hukuman itu dan sedia untuk berubah.

Malangnya, Rashford terus hanyut dengan kehidupan ala selebriti di luar padang. Penyokong setia United tidak akan gembira jika Rashford masih tidak menjaga disiplinnya di luar padang, walaupun kehadiran pengurus baharu.

Semasa temu bual dengan Henry Winter, Rashford membuatkan peminat agak kecewa dengan mendedahkan hasratnya untuk mencari cabaran baharu di luar Old Trafford.

Dia berkata: “Bagi saya, secara peribadi, saya rasa saya sudah bersedia untuk cabaran baharu dan langkah seterusnya.

“Apabila saya pergi ia akan menjadi ‘tiada perasaan kecewa’ antara semua pihak dan tiada sebarang komen negatif daripada saya tentang Manchester United. Itulah saya sebagai seorang manusia.”

Komen Rashford itu dianggap agak tidak matang, dengan beberapa peminat menunjukkan kekecewaan mereka semasa perlawanan suku akhir Piala Carabao United menentang Tottenham.

Di hujung lawan, sepanduk dengan perkataan, ‘Alasan. Ta ra, Marcus’, dipaparkan.

United bertandang ke Liverpool pada hari Ahad untuk satu lagi pertembungan sukar.

Rashford dijangka terlepas pertembungan selepas Amorim mendedahkan dia kini tidak berlatih kerana sakit.

Sebagai rekod Rashford merupakan penjaring terbaik United ketika menentang Liverpool pada ketika ini. Dia merekodkan  7 gol melawan Liverpool. Menjadikan Liverpool kelab paling banyak ditembusi Rashford berbanding kelab lain di EPL pada masa ini.

United pastinya mengintai peluang untuk mencipta kemenangan di Anfield untuk menjadi motivasi baharu mereka dalam usaha mereka mahu keluar daripada zon bawahan.