Ini Alasan Solskjaer Selalu Turunkan Martial Dan Simpan Cavani

Edinson Cavani telah menunjukkan prestasi yang sangat baik sejak tiba di Man United. Namun begitu, Cavani terus menjadi pemain simpanan berbanding dengan Anthony Martial yang kerap beraksi di no.9.

Para peminat Man United tertanya tanya, kenapa Ole selalu menyimpan Cavani? Sedangkan Martial antara pemain yang banyak membazir peluang di atas padang.

Ternyata Solskjaer mempunyai alasan tersendiri kenapa beliau berbuat demikian. Kerana menurutnya, beliau tidak mahu terlalu memaksa pemain itu menyesuaikan diri dengan drastik dengan bola sepak Inggeris.

Solskjaer mahu Cavani perlahan lahan masuk ke dalam ‘dunia’ liga baru di England. Solskjaer menegaskan bahawa Cavani jelas sekali memerlukan masa untuk menyesuaikan diri. Dan pihaknya pula tidak ada desakan ke atas Cavani.

Mantan penyerang PSG itu telah muncul sebanyak 14 kali untuk Manchester United. Tetapi dia hanya empat kali memulakan perlawanan.

Hujung minggu lalu, Cavani muncul sebagai pemain gantian menentang Leicester City. Tetapi penyerang itu segera memberi impak besar, dengan membuat umpanan cantik untuk gol Bruno Fernandes.

Solskjaer mengakui sengaja menyimpan Cavani sejak kebelakangan ini.

“Dia (Cavani) baru-baru ini mengalami kecederaan, jadi kami harus berhati-hati dengannya,” kata Solskjaer kepada Goal.

Selaku bekas super sub, Solskjaer menilai Cavani sebagai pemain yang sentiasa memberikan impak setiap kali masuk daripada kerusi simpanan.

Jadi, beliau mahu mengekalkan perkara itu buat masa ini. Dan tidak perlu mendesak pemain itu untuk menjadi pemain kesebelasan utama.

“Edinson Cavani baru bermain selama 90 minit menentang Everton, di mana permainannya sangat lemah secara fizikal.”

“Oleh itu, kami memutuskan dia masuk dari bangku simpanan, di mana dia memberi kesan langsung kepada pasukan,” kata Solskjaer.

Solskjaer juga menegaskan dia tidak akan terburu-buru memaksa Cavani untuk menjadi starter. Dia menegaskan bahawa penyerang itu masih dalam proses penyesuaian.

Apabila Cavani telah menyesuaikan diri dengan sempurna, barulah Solskjaer akan cuba memaksimumkan minit perlawanan pemain itu.

“Kami akan terus menurunkan beliau di kesebelasan utama sehinggalah dia benar-benar terbiasa dengan bola sepak Inggeris.”

“Hal ini kerana, musim ini adalah musim yang sangat sukar. Tetapi saya boleh mengatakan bahawa dia memberikan kesan besar pada skuad ini.” katanya.

Jadi jika korang ada Cavani dalam FPL, buat masa ni korang tahu bahawa Cavani belum lagi menjadi regular starter.

Baca yang lain

UEL: Liverpool Rasminya Tersingkir

Liverpool berkunjung ke markas Atalanta dengan membawa defisit 3 gol dari Anfield. Misi mereka adalah menjaringkan 3 gol dan cuba mengelak bolos.