Sebelum ini Sheikh Jassim dikaitkan dengan pembelian Manchester United. Dengan tawaran sebanyak lebih £5 billion dibuat oleh Sheikh Jassim menerusi Yayasan 92.
Yayasan 92 adalah diinspirasikan daripada Class of 92 yang menjadi tunjang kepada kegemilangan Man United di bawah Sir Alex Ferguson.
Namun begitu dilaporkan Glazer telah bermain tarik tali dengan banyak sekali dengan Sheikh Jassim.
Dan akhirnya Sheikh Jassim memutuskan untuk menarik diri daripada meja rundingan.
Terbaru, satu laporan menyebut bahawa, salah satu sebab kenapa Glazer tidak dapat menerima tawaran daripada Sheikh Jassim adalah kerana pihak dari Qatar itu dituduh tidak dapat memberikan jaminan komitmen untuk pelaburan serta gagal mengemukakan sumber kewangan mereka.
Laporan sebelum ini menyebut bahawa Sheikh Jassim menarik diri daripada bidaan pada Oktober 2023.
Ben Jacobs kemudian datang dengan laporan lebih lengkap. Menurutnya, tawaran daripada Qatar itu dengan konsisten ditolak oleh Man Unitred kerana gagal mengemukakan laporan kewangan yang menyatakan tentang sumber kewangan mereka.
🚨 In #mufc releases today it stated that: 'Bidder A' [Sheikh Jassim] formally withdrew on October 15, 2023. Qatar bid consistently failed to provide "customary financing commitment letters." [@JacobsBen]
— The United Stand (@UnitedStandMUFC) January 17, 2024
Menurut dokumen yang dihantar ke United States Securities and Exchange Commission (SEC), Sheikh Jassim tidak memberikan sebarang respon berkaitan dengan maklumat sumber kewangan mereka serta gagal memberikan komitmen pembiayaan yang biasa.
Ben Jacobs menulis: “Perincian menarik didedahkan pada proses jualan MUFC. ‘Pembida A’ (Sheikh Jassim) secara rasmi menarik diri pada 15 Oktober 2023.
Pembida dari Qatar secara konsisten gagal memberikan ‘surat komitmen pembiayaan biasa’ sepanjang tempoh dan tidak menyebut tentang pelaburan yang dicagarkan.
“Beberapa sumber yang rapat dengan penjualan itu telah berulang kali mengatakan bahawa realiti tawaran Qatar tidak sepadan dengan PR.
“Pemfailan SEC juga menekankan bahawa Lembaga Pengarah menjelaskan pertimbangan yang sama bagi setiap saham untuk saham A dan B adalah perlu, dan bidaan Qatar gagal melakukan ini.
“Wakil Manchester United terus memaklumkan Pembida A [Jassim] bahawa Lembaga Pengarah tidak bersedia untuk meneruskan lebih ke hadapan. Pengarah memerlukan bukti yang mencukupi bagi kertas komitmen pembiayaan dan pembiayaan biasa.
“Ia juga mengesahkan bahawa Ratcliffe beralih kepada struktur semasanya pada Julai 2023.
“Raine telah dihubungi oleh lebih 170 calon pelamar dengan 26 pihak menandatangani NDA, 19 daripadanya meminta surat proses. 10 pihak menyatakan minat awal dan formal, tujuh daripadanya mencadangkan pelaburan minoriti. Lapan berjaya mara ke pusingan kedua.
“Perlu diingat bahawa ia adalah keperluan kawal selia untuk bersikap sejujur mungkin dalam pemfailan ini.”
Sheikh Jassim kemudian menghantar bidaan lebih besar, juga tanpa dokumen yang diperlukan itu. Dan akhirnya pihak Man United mengambil tindakan tegas mahukan perkara itu dilakukan mengikut prosedur ditetapkan.
Dan akhirnya Sheikh Jassim pun disingkirkan daripada proses bidaan itu.
United kemudian setuju menjual 25% saham mereka kepada Sir Jim Ratcliffe yang menelan kos £1.3 bilion.
Fascinating and juicy detail revealed on the #MUFC sale process. 'Bidder A' (Sheikh Jassim) formally withdrew on October 15, 2023. Qatar bid consistently failed to provide "customary financing commitment letters" throughout and there is no mention of pledged investment. Several… pic.twitter.com/dem3a39XIn
— Ben Jacobs (@JacobsBen) January 17, 2024
Laporan ini sebenarnya kurang disenangi peminat Man United. Di mana mereka menuduh bahawa laporan ini cumalah berita daripada pasukan PR Glazer yang membayar media untuk mensucikan nama mereka dengan menuduh pihak Qatar sebagai tak telus.
All of a sudden qatar wasn't there and it was all sjr. British media. 😊
— Anshumaan Singh 🇮🇳 (@Anshum1958) January 17, 2024