Ini Alasan Zidane Dan Conte Tolak Newcastle

Daily Mirror melaporkan bahawa Newcastle United sudah menghubungi Zinedine Zidane untuk berunding tentang jawatan pengurus kelab.

Newcastle yang kini dimiliki oleh PIF dari Arab Saudi, sudah bersedia untuk membawa masuk pemain bintang serta menggantikan Steve Bruce.

PIF sudah menyenaraikan pengganti kepada Steve Bruce yang dianggap tidak cukup bagus untuk membawa aspirasi kelab yang baru nanti.

Antara nama yang sudah dikaitkan dengan Newcastle ialah Zinedine Zidane dan Antonio Conte.

Bruce mengambil alih Newcastle selepas Mike Ashley memecat Rafa Benitez yang menjadi kesayangan peminat Toon.

Ianya gara gara Rafa terlalu lantang mengkritik Mike Ashley dan juga enggan menjual beberapa pemain atas kehendak Mike Ashley, tanpa memberikan jaminan dana perpindahan untuk membeli pemain pengganti.

PIF tidak yakin dengan Bruce dalam revolusi baru kelab tersebut. Mereka dijangka akan membeli beberapa pemain bintang masuk untuk mengubah wajah Newcastle.

Laporan beberapa minggu lalu melaporkan Steve Bruce tidak sehaluan dengan beberapa pemain. Dan berbalah dengan mereka. Bruce malah sesuka hati bercuti walaupun hari latihan sudah ditetapkan.

Pemain tiba di padang latihan menunggu Bruce tetapi pengurus mereka itu dikatakan masih dalam penerbangan pulang ke England. Dia tanpa menyatakan bahawa dia lewat pulang sehingga pemain menunggu dari pagi sampai ke petang.

Newcastle pastinya mahu mencari pengurus berprofil tinggi dengan pengurusan tertinggi yang hebat termasuk pengarah sukan.

Projek yang mirip kepada apa yang dilakukan Chelsea dan Man City dahulu.

Pengambilalihan Newcastle dikatakan bernilai £300 juta. Perjanjian sebelum ini digunakan sekali lagi. Sebelum ini perjanjian gagal kerana tentangan daripada BeIN dan kelab kelab di EPL.

Newcastle kini memiliki pemilik kelab paling kaya di dunia. Mengatasi Sheikh Mansour dan juga Nasser Al Khelaifi.

Di EPL nisbah kekayaan PIF di bawah naungan Putera Salman sangat besar.

Selain daripada Zidane, Newcastle turut berminat dengan Antonio Conte. Dua pengurus tersebut dianggap sebagai nama elit dalam senarai yang dimahukan oleh PIF.

Situasi Conte dikatakan agak rumit kerana PIF tidak begitu setuju dengan beberapa syarat diminta Conte.

Antaranya Antonio Conte mahukan kuasa penuh dalam perpindahan pemain. Conte sebelum ini tidak mendapat kuasa yang besar dalam perpindahan pemain ketika bersama dengan Chelsea dan juga Inter Milan.

Seringkali Conte bergaduh dengan pengurusan yang campur tangan soal jual beli pemain.

Newcastle kemudiannya cuba mendapatkan Zidane. Pengurus elit seperti Zidane dan Conte dianggap sangat penting untuk menarik pemain pemain bintang pada jendela perpindahan akan datang.

Ini kerana Newcastle pastinya bergelut untuk menempatkan diri dalam slot Eropah musim ini untuk menarik pemain. Dengan adanya pengurus nama besar, ianya boleh membantu meyakinkan pemain pemain bintang tentang projek kelab.

Malang sekali, Zidane dilaporkan tidak mahu memikirkan tawaran dari Newcastle. Ini kerana Zidane masih menunggu peluang menguruskan pasukan kebangsaan Perancis.

Sebelum ini Zidane dihubungi beberapa pasukan lain termasuk dari negara Arab, dengan tawaran sangat lumayan. Tetapi bekas pengurus Real Madrid itu menolaknya.

Zidane sudah lama berimpian untuk menggantikan Didier Deschamps sebagai pengurus Perancis yang baharu.

Dengan perkembangan ini, Newcastle juga dijangka akan terpaksa menggunakan khidmat pengurus yang berprofil lebih rendah dan kurang pengalaman seperti Frank Lampard atau Steven Gerrard.

Seterusnya nama Brendan Rodgers turut dikaitkan dengan jawatan di Newcastle itu. Steve Bruce masih memegang jawatan pengurus untuk tugasan menentang Spurs kali ini.

 

Baca yang lain