Ini Analisis Solskjaer Sendiri Tentang Dua Bolos Pasukannya Semalam

Ole Gunnar Solskjaer sendiri mengeluarkan analisis kesilapan pertahanannya berdepan dengan Istanbul Basaksehir.

United diaibkan pendatang baru dalam UCL dalam aksi di mana segalanya serba tak menjadi buat Red Devils.

Lebih teruk buat penyokong United, kekalahan itu muncul selepas kekalahan di tangan Arsenal dalam aksi EPL hujung minggu lalu.

Dua gol Istanbul Basaksehir adalah menerusi Demba Ba dan juga Edin Visca.

Manakala gol Man United adalah menerusi Anthony Martial.

Kesemua gol dalam perlawanan ini terhasil pada separuh masa pertama.

Analisis Ole

Berikut adalah analisis ringkas Ole Gunnar Solskjaer tentang dua gol lawan ke atas mereka:

Menurut Ole, gol pertama adalah kesilapan sangat mudah atau bahasa kasarnya kesilapan bodoh yang tidak seharusnya dilakukan sebuah pasukan profesional.

Ketika pasukan mereka menolak kesemua pemain ke zon lawan, sepatutnya ada pemain yang merantai ataupun mengawasi pemain serangan lawan.

Terdapat sembilan pemain United di final third pada gol pertama itu. Dan hanya seorang pemain yang berada di middle third ataupun pertahanan paling bawah ketika itu.

Ole berkata:

“Yang pertama, kami bermain sepakan penjuru pendek dan kami melupakan langsung seorang pemain mereka di atas dan itu tidak dapat dimaafkan.”

“Anda tidak dapat menerima gol seperti itu pada tahap ini. Ia tidak cukup baik. Anda tidak harus memberikan gol mudah seperti itu.”

“Jelas, ini bukan gol yang biasanya anda lepaskan sehinggala kami tidak menjalankan tugas dan peranan kami dengan baik.”

“Saya harus mengatakan bahawa itu adalah tanggungjawab saya. Kami pergi bermain sepakan penjuru yang pendek tetapi terlupa bertahan setelah kami bermain beberapa hantaran.”

Bagi gol kedua, Ole menjelaskan ada dua kesilapan asas mereka. Pertamanya tidak bagus dalam mematikan serangan balas.

Dan yang kedua adalah tidak teratur. Anda bayangkan ini kedudukan pertahanan mereka ketika gol itu terhasil:

Lalu Solskjaer berkata:

“Yang kedua juga, kami tidak teratur dengan baik untuk mengekang serangan balas dan memenangi kembali bola ketika kami bermain.”

“Dua gol mudah diberikan dan kemudian kami tidak cukup bagus untuk kembali pada separuh masa kedua.”

“Kami menjaringkan gol yang baik oleh Anthony dan kemudian anda berfikir 45 minit untuk menyelamatkan sesuatu dalam perlawanan ini.”

“Separuh masa kedua kami melakukan segalanya tetapi gagal untuk memecahkan mereka.”

Baca yang lain