Ramai yang dah tahu kan bahawa Sony PlayStation 5 (PS5) akan dikeluarkan pada tahun hadapan. Antara perkara yang menimbulkan rasa ingin tahu pada para peminat PS adalah rekaan controller PS5 yang baharu – selain daripada rekaan PS5 itu sendiri.
Nama controller tersebut sudah disahkan sebagai DualShock 5 sebelum ini. Tak tahulah kalau tetiba dia u turn tukar ke lain.
The Verge mengeluarkan imej paten controller PS5 yang tertiris. Sony dilaporkan sudah menghantar paten rekaan mereka di Jepun pada Mac yang lalu.
Dan ianya jelas sekali hampir sama dengan controller DualShock 4 – ia bukanlah sesuatu yang mengejutkan sangat pun sebenarnya kan?
Tetapi editor laman Wired menyifatkan bahawa rekaan prototaip untuk controller PS5 sebagai teruk dan masih lagi seperti controller PS4 ataupun DualShock 4.
Peminat PS pastinya mengharapkan rekaan yang lebih baharu dan segar. Namun banyak sekali elemen DualShock 4 yang dibawa ke DualShock 5 – misalnya D-pad.
Seterusnya kedudukan butang dan touch bar. Bezanya, pemegangnya sedikit lebar dan ’rounded’.
Thumb stick akan lebih pendek daripada DualShock 4. Dan ada USB-C pada bahagian belakangnya. Bar lampu pada belakang controller dikatakan dihilangkan selepas ini.
ResetEra tampil dengan imej yang membandinngkan 2 controller itu seperti ini:
Sony sudah berkongsi beberapa maklumat tentang controller PS5. Di mana ianya akan menggunakan haptic feedback.
Di bawahnya dikatakan ada mikrofon yang membolehkan korang terus berkomunikasi secara online.
Selain itu, controller baru ini akan dilengkapi dengan “adaptive triggers” untuk butang L2 dan R2,
Namun anda harus ingat, gambar paten ini tak semestinya akan menjadi rupa akhir untuk produk komersial.
Lagipun, masih ada setahun lagi masa nak mengeluarkan produk ni.