Jamal Pak Tongko pernah berkata, bahawa meniaga manusia lebih untung dari meniaga unta. Dan Chelsea kini pakar di dalam bidang itu.
Tapi ini bukan human trafficking la. Ini meniaga manusia yang berstatus pemain.
Penjualan pemain adalah penting untuk memastikan kelab meraih pendapatan. Dan ianya adalah antara sumber utama kewangan sesebuah kelab.
Bola sepak dan perniagaan itu harus berjalan seiringan dalam bola sepak moden.
Ini kerana tanpa pendapatan dan urusan perniagaan yang baik sesebuah kelab akan bergelut dengan pendapatan yang boleh menyebabkan akaun FFP mereka sakit atau tenat.
Apabila akaun FFP ada masalah, kelab itu sukar membeli pemain baharu dan berdepan risiko hukuman daripada UEFA atau pentadbir liga domestik.
Misalnya baru baru ini, Everton dipotong 10 mata kerana kerugian yang mereka tanggung akibat berbelanja terlalu tinggi.
Selain itu Nottingham Forest turut disiasat kerana masalah dalam buku akaun mereka. Forest membeli terlalu ramai pemain ketika mereka naik ke EPL beberapa musim lalu.
Dan mereka bergelut untuk mengimbangi akaun mereka kerana sukar menjual pemain pada harga tinggi.
Chelsea adalah pakar penjual
Walaupun Chelsea telah membelanjakan lebih €1 billion sejak 3 jendela perpindahan yang lalu.
Namun sebenarnya mereka telah menjadi kelab yang sangat bagus dalam penjualan pemain. Ini berlaku pada era Roman Abramovich terutamanya.
Di mana Chelsea suka meminjamkan pemain muda mereka keluar atau menjalin kerjasama dengan kelab lain untuk membangunkan pemain mereka.
Selepas itu kelab itu akan menjual pemain mereka dengan nilai tinggi. Selain itu polisi Chelsea di bawah Emenalo atau Marina Granovskaia yang akan cepat menjual pemain yang dianggap tiada dalam perancangan pengurus.
Itu yang berlaku kepada Mohamed Salah dan Kevin De Bruyne misalnya.
Sejak 2014, tiada kelab di dunia yang mampu mencabar Chelsea dalam kepakaran menjual pemain. Dan sejak tempoh itu juga mereka banyak meraih trofi. Bukti kelab ini benar benar bagus dalam menyelarikan bisnes dan bola sepak.
Penjualan pemain ini telah membantu mengimbangi polisi perpindahan Chelsea yang turut aktif dan banyak membeli masuk pemain bintang.
Sejak 2014, Chelsea menghasilkan €1.32 billion daripada penjualan pemain mereka. Antara nama besar yang mereka jual sejak 2014 termasuk Eden Hazard yang dijual dengan nilai mencecah €120 juta ke Real Madrid.
Mereka turut berjaya menjual pemain seperti Thibaut Courtois dan Alvaro Morata dengan harga yang tinggi.
Hasil kepakaran inilah yang membolehkan Chelsea masih tidak terganggu dengan FFP dalam pembelian pemain.
Yang kedua adalah Benfica dengan hanya beza dengan 1.1 juta euro di belakang Chelsea dalam urusan penjualan pemain sejak 2014.
Darwin Nunez dan Enzo Fernandez sahaja sudah memberikan mereka pulangan lebih €220 juta pada musim lalu.
Ini adalah senarai penjualan terbaik mereka untuk setiap musim sejak 2014/15. Lihat sahaja harga Joao Felix itu yang masih menjadi harga tertinggi mereka lepaskan setakat ini.
Di tangga ketiga adalah AS Monaco. Mereka berjaya menjual ramai pemain generasi emas kelab itu termasuk Kylian Mbappe dengan harga mencecah €145 juta keseluruhan.
Mereka turut berjaya menjual pemain seperti Fabinho, Bernardo Silva, Anth0ny Martial, Bakayoko dan ramai lagi. Menjadikan mereka antara feeder club paling cemerlang dalam dekad lalu.
Juventus dan Barcelona menjadi 2 pasukan terakhir yang berjaya menjual pemain dengan jumlah terkumpul di atas €1 billion sejak 2014,
Atletico Madrid berada di tangga keenam dengan €996 juta dijana daripada penjualan pemain. Nama yang yang besar mereka lepaskan termasuk Antoine Griezman dengan nilai €100 juta ke Barcelona.
Kelab yang sentiasa menjadi lubuk kelab lain untuk membeli pemain terutama sekali Bayern Munich iaitu Borussia Dortmund berada di tangga ketujuh.
Mereka mencatatkan penjualan tertinggi ketika menjual Jadon Sancho ke Man United dengan nilai mencecah €100 juta.
Ajax, Real Madrid dan AS Roma melengkapkan 10 senarai teratas untuk kelab yang paling banyak meraih pendapatan daripada penjualan pemain sejak musim 2014.
Ini adalah carta yang dikeluarkan oleh Transfermarkt baru baru ini: