Ini Bukti Kehidupan Kita Sedekad Ini Di Tangan Mark Zuckerberg, Tik Tok Paling Meningkat Naik

Dekad 2010-an nampaknya memang milik Mark Zuckerberg, si pemilik Facebook yang korang sayangi.

Laporan oleh firma analitik, App Annie mendedahkan rangkin 10 teratas aplikasi yang paling banyak dimuat turun pada dekad ini iaitu 2010-2020.

Data ini melibatkan pengguna Android dan iOs.

Pendedahan itu akan membuatkan kita semua terfikir sejenak bahawa selama ini Mark Zuckerberg adalah manusia yang mengawal kehidupan kita di media sosial.

Media sosial adala medium yang paling banyak kita gunakan di dalam kehidupan seharian. Sebab tu semakin hari, semakin kuat algoritma mengejar kita semua.

Berdasarkan senarai 10 teratas oleh App Aninie, paling menarik, 4 daripada aplikasi tersebut adalah bernaung di bawah Facebook.

Namun paling menarik adalah kebangkitan Tik Tok yang berjaya menempatkan diri dalam 10 teratas.

Tik Tok dilancarkan pada 2017 yang lalu. Dan kini mereka sudah menempatkan diri mereka sebagai aplikasi ke-7 paling power.

Nak tahu fungsi Tik Tok ni kau follow Akhyar Rashid la. Aku tak reti sangat nak jelaskan.

Twitter jauh ketinggalan di belakang Facebook. Mereka berada di tangga ke-10.

YouTube pula berada di tangga ke-9 di dalam rangking 10 teratas ini.

Namun menariknya, Facebook berada di atas WhatsApp untuk tempat pertama.

Ranking 10 Teratas

Berikut adalah ranking 10 teratas menurut data analitik App Annie.

1. Facebook

2. Facebook Messenger

3. WhatsApp

4. Instagram

5. Snapchat

6. Skyp

7. TikTok

8. UC Browser

9. YouTube

10. Twitter

Bagi Facebook Messenger tu memang la dia akan paling kerap kena download sebab terpaksa download kalau dan ada Facebook kan?

Seterusnya WhatsApp dan Instagram merupakan aplikasi yang berjaya dibeli oleh Mark Zuckerberg sebelum ini.

UC Browser merupakan mesin carian yang tidak diiktiraf oleh USA, tetapi masih berjaya menempatkand dirinya dalam senarai 10 teratas.

UC Browser merupakan laman carian milik Alibaba.

 

Baca yang lain