WhatsApp membuat kontroversi apabila memaksa penggunanya menerima terma dan syarat terbaru yang dirombak. Biasanya perkara tersebut optional. Namun kali ini WhatsApp mahu para pengguna mengerimanya ataupun perkhidmatan itu tidak boleh diguanakn.
Mengikuti peraturan privasi baru yang kontroversi yang harus dipersetujui oleh pengguna, data pengguna WhatsApp boleh digunakan oleh syarikat itu sesuka hati mereka.
Aplikasi WhatsApp memiliki sekitar 2 billion pengguna – masih jauh di hadapan pesaingnya.
Namun selepas kenyataan kontroversi WhatsApp dan tweet Elon Musk, jumlah penggunaan WhatsApp merosot sebanyak 11% dalam tujuh hari pertama tahun 2021 berbanding minggu sebelumnya, menurut laporan dari Sensor Tower yang meneliti aplikasi global.
Walaupun telah menurun, secara global kadar muat turun Whatsapp masih 10.5 juta muat turun.
Bagi aplikasi pesanan pesaing seperti Signal dan Telegram, aplikasi ini meningkat dengan pesat. Lebih daripada 100,000 pengguna memasang Signal dari gedung aplikasi Apple dan Google dalam dua hari sementara Telegram menerima hampir 2.2 juta muat turun.
Dan dalam masa seminggu, Signal mendapat 8.8 juta pemasangan di telefon pintar.
Signal was downloaded 8.8m times worldwide in the week after the WhatsApp changes were first announced on January 4, versus 246,000 times the week before, according to data from Sensor Tower. pic.twitter.com/yGwfZwyQrK
— The Timeline (@thetimeline256) January 13, 2021
Menurut Daily Mail, melaporkan bahawa di Great Britain dan Amerika Syarikat, kedudukan WhatsApp dalam senarai aplikasi popular telah menurun. Di AS, WhatsApp berada di kedudukan 38 dari segi jumlah muat turun dan di tangga ke-10 di UK, lebih rendah daripada biasa.
Signal was downloaded by 17.8 million users over the past seven days, a 62-fold rise from the prior week, according to data from Sensor Tower. WhatsApp was downloaded by 10.6 million users during the same period, a 17% decline. https://t.co/aQWa4noRHt
— Business Recorder (@brecordernews) January 13, 2021
Seterusnya kedudukan Signal dan Telegram telah meningkat dengan pesat. Malah dalam minggu ini Telegram dan Signal telah mendahului WhatsApp dari segi muat turun dalam tempoh seminggu.
Peraturan baru WhatsApp, yang memerlukan maklumat pengguna untuk dikongsikan di Facebook, walaupun perbualan di WhatsApp dikatakan masih selamat dan tidak dapat dibaca oleh sesiapa pun.
“Diberitahu bahawa aplikasi ini tidak dapat digunakan kecuali jika anda setuju mungkin bukan cara terbaik kerana orang merasa terpaksa memberikan data,” kata Jake Moore, pakar keselamatan siber di ESET.
“Kami mungkin melihat orang beralih dari aplikasi tersebut ke aplikasi yang lebih memfokuskan pada privasi dan melindungi data kami,” tambahnya.
“Adalah mustahak bahawa pengguna melakukan semua yang mereka mampu untuk melindungi maklumat peribadi mereka dan mereka harus menyedari betapa mudaratnya jika data peribadi mereka jatuh ke tangan yang salah,” kata Moore.
Nikkei melaporkan bahawa semakin ramai pengguna WhatsApp di Asia terutama sekali Hong Kong telah beralih ke penyedia perkhidmatan lain.
Ini kerana, ramai rakyat Hong Kong sebelum ini menjadi mangsa pencabulan privasi dan ditangkap oleh kerajaan China hanya kerana mereka tidak menyokong dasar China.
Seterusnya, kesedaran tentang apa yang berlaku di Hong Kong telah membuatkan semakin ramai orang Asia sedar akan kepentingan data privasi.
Walaupun WhatsApp memberikan jaminan mereka tidak akan sesekali mengakses data perbualan, namun ramai mulai sangsi.
Walau bagaimanapun, kedudukan WhatsApp masih kuat sebagai perkhidmatan pesanan paling popular dan Moore mengakui WhatsApp tidak begitu tergugat.
Oleh sebab itu, WhatsApp mungkin akan meneruskan dasar kontroversi yang terbaru itu tanpa mengendahkan kehilangan jutaan penggunanya.