Ini Cara Alex Ferguson Rekrut Pemain Dan Pilih Pasukan Turun Beraksi

Pengurus legenda, Sir Alex Ferguson, mendedahkan kriteria yang dia cari ketika merekrut pemain untuk bekas kelabnya, Manchester United. Dan bagaimana untuk mendapatkan pemain tepat untuk kelab dan juga sistem permainan.

Ferguson kekal menjadi pengurus paling berjaya di United dan juga di EPL dengan 13 kejuaraan Liga Perdana Inggeris ketika beliau di sana.

Semasa kerjayanya di Old Trafford, Ferguson berjaya menggilap ramai bakat berkelas dunia dan juga bakat yang menjadi nadi penting kelab.

Walaupun ada beberapa perpindahan kurang menjadi seperti Eric Djemba, Kleberson dan beberapa nama lain lagi, namun secara keseluruhannya, Fergie berjaya dalam mengesan bakat bakat seperti Cristiano Ronaldo, Nemanja Vidic, Eric Cantona dan ramai lagi.

Alex Ferguson mendedahkan: “Saya fikir ia boleh dibahagikan kepada beberapa bahagian. Beberapa pemain yang saya miliki adalah pemain yang sangat semulajadi, mereka hadir dengan bakat semula jadi.”

“Tetapi ada pemain lain yang mempunyai tekad yang sama dengan saya, yang mungkin bukan pemain terbaik dari segi teknikal, tetapi mereka menjadikan diri mereka pemain terbaik, kerana mereka juga mempunyai sesuatu di dalam diri mereka,” kata Ferguson kepada laman web rasmi Manchester United.

Berkenaan dengan pemilihan pemain untuk United, beliau bergantung kepada naluri ketika mencari pemain.

“Saya percaya pada naluri. Saya mempunyai naluri yang baik tentang pemain dan saya mempunyai naluri yang baik untuk menonton pemain yang mungkin ingin saya beli.”

“Saya tahu bahawa, dengan melihat pemain tertentu, saya dapat melihat sifat-sifat yang memberitahu saya bahawa mereka adalah pemain Manchester United, atau pemain Aberdeen, atau pemain St Mirren. Saya dapat melihat pada pemain tertentu yang saya tonton.”

“Naluri sangat penting. Juga pada naluri, kadang-kadang memilih pasukan yang akan turun beraksi. Kami bermain menentang pasukan tertentu dan saya mempunyai naluri: ‘betul, saya tidak akan bermain menggunakan pemain tertentu. Saya akan bermain dengan pemain lain.’ Saya tidak akan mengatakan itu intuisi, saya akan mengatakan ia adalah naluri.” katanya.

Oleh sebab itu muncul nama nama seperti Park Ji Sung, Darren Fletcher dan juga Jonny Evans yang dianggap bukan bintang berbanding yang lain, namun mereka adalah team player penting Sir Alex Ferguson. Malah mereka juga kerap diletakkan secara mengejut dalam aksi penting. Misalnya Park Ji Sung turun menentang skuad legenda AC Milan.

Baca yang lain