Ini Cara Kelab Eropah Mengubah Stadium Mod Bola Sepak Kepada Mod Riadah

Stadium dan konsert bukannya satu masalah. Lebih menjadi masalah jika stadium gagal menganjurkan sebarang konsert.

Ini kerana stadium harus dimanfaatkan sepenuhnya untuk meraih pendapatan bagi menampung kos penyeliaan yang tinggi.

Oleh sebab itu stadium moden hari ini ada kedai kedai, malah ada pasaraya pun ada. Semuanya kerana ianya dijadikan tapak komersial.

Namun paling mustahak adalah padang.

Apabila stadium menganjurkan konsert, kita semua tak akan pernah ada masalah pun, sebab kita percaya yang menyelia dan menguruskan stadium ini mereka yang pakar.

Namun apabila kita melihat kepincangan maka kita pun nak bising. Kenapa mereka boleh duduk di sana?

Di Eropah, stadium mereka menganjurkan konsert skala besar. Tidak ada istilah stadium hanya untuk bola sepak. Keutamaan harus bola sepak ! Tidak!

Kerana ada sesetengah stadium memang berbentuk pelbagai guna.

Di Wembley misalnya, mereka ada menyediakan tempat khas untuk menyemai rumput stadium ini. Dan ianya akan diangkut apabila perlu.

Rumput rumput ini berbeza jenis mengikut kesesusian mod. Untuk mod bola sepak biasanya mereka memakai rumput asli sepenuhnya. Jika untuk mod hiburan mereka akan menggunakan rumput hibrid atau sebagainya.

Lihat di sini cara ringkas menerangkan apa yang dijelaskan di atas:

Bagi konsert yang skala tidak terlalu besar cukuplah dengan meletakkan bongkah khas untuk melindungi rumput di bawah. Jika ada kerosakan blok blok tertentu akan dialihkan dan digantikan dengan blok yang baru.

Misalnya untuk acara tinju yang hanya sekejap sahaja dan penontonya tidak terlalu ramai.

Wembley di England tidak menggunakan teknologi canggih seperti di Bernabeu di mana padang boleh tukar dengan automatik. Stadium Spurs juga menggunakan teknologi ini.

Lihat teknologi di Bernabeu ini. Ianya menempatkan rumput terus di bawah stadium dengan kondisi dan suhu terbaik.

Ini pula teknologi di Stadium Tottenham yang turut mengalihkan rumput mereka mengikut kesesuaian acara. Untuk bola sepak ianya tak sama dengan rumput untuk Superbowl dan konsert.

Teknologi seperti ini sangat sangat mahal, jadi Wembley menggunakan teknologi Lay And Play. Padang padang ini diletakkan di kawasan yang menerima matahari secukupnya dan dibekalkan dengan nutrien sebaiknya.

Ada sesetengah stadium bumbungnya mempengaruhi jumlah sinaran matahari yang diterima rumput itu di tapak semaian. Maka teknologi ini tadi sangat mudah.

Ini menepati saranan UEFA bahawa stadium juga harus sesuai digunakan riadah lain oleh komuniti setempat. Bukan terhad kepada bola sepak semata mata.

Apa yang boleh kita pelajari daripada pengurusan mereka, mereka ada orang yang pakar dan tidak melantik artis untuk menjadi pengerusi stadium. Kemudian mereka tidak ada kerja kerja menampal macam menampal jeans untuk padang.

Mereka adalah pakar dan memiliki CV yang kuat untuk menyokong kerja mereka.

Stadium harus hidup dan aktiviti seperti konsert itu antara denyut nadi sesebuah stadium tiada masalah. Cuma menjadi masalah, apabila kita tak ada kemampuan untuk mengendalikan dua acara berbeza dalam satu kawasan.

Perbadanan Stadium Malaysia harus memikirkan cara untuk memastikan padang stadium ini boleh diuruskan dengan sebaiknya.