Ini Cara Salah Tandatangan Kontrak Baharu Di Liverpool

Berita yang ditunggu sekian lama oleh peminat tegar Liverpool akhirnya diumumkan oleh kelab itu. Di mana bintang utama mereka, Mohamed Salah rasminya sudah menandatangani kontrak baharu dengan kelab tersebut.

Salah menandatangan kontrak baharu itu dengan pengumuman rasmi dibuat menggunakan kerusi singgahsana sang raja. Sesuai dengan gelaran Salah sebagai Raja Mesir.

Mo Salah yang sudah memenangi segalanya bersama Liverpool sebelum ini berkali kali menyatakan bahawa dia mahu kekal. Namun kelab masih belum memberikannya tawaran.

Kini segalanya sudah selesai. Mo Salah menegaskan bahawa, alasan utama dia mahu terus kekal di Liverpool adalah kerana yakin dengan projek kelab tersebut yang mampu untuk memenangi banyak trofi selepas ini.

Arne Slot malah menegaskan pada pandangannya, Mo Salah lebih ke arah ‘in’ berbanding ‘out’ – merujuk kepada peranan Salah dalam pasukannya.

Mo Salah akan kekal di Liverpool 2 tahun lagi. Ketika itu dia sudah berusia 35 tahun pada tarikh akhir kontraknya ini.

Arne Slot menjadi antara faktor kenapa Mo Salah mahu terus kekal. Ini kerana pengurus itu berkali kali secara terbuka menyatakan bahawa Mo Salah adalah pemain penting yang dia mahu bekerjasama dengannya untuk tempoh lebih lama.

Salah berkata: “Jika saya tidak percaya dengan projek kelab ini, buat apalah saya  nak sign kontrak baharu. Saya percaya pasukan ini boleh memenangi trofi yang banyak. Dengan sokongan penyokong dan bandar ini, sokongan yang mereka berikan kepada kami, membuatkan saya percaya kami boleh memenangi banyak trofi  dalam beberapa tahun  akan datang.”

Seterusnya  peminat Liverpool mahukan berita yang sama daripada kontrak Virgil Van Dijk pula. Memandangkan Trent Alexander Arnold dilihat semakin pasti akan meninggalkan kelab itu pada akhir musim ini.

Mo Salah kini menjadi penjaring utama Liverpool yang masih di kedudukan terbaik untuk menamatkan saingan liga sebagai juara musim ini.

Sepanjang kariernya di Liverpool, Mo Salah berkembang daripada pemain sayap laju kepada pemain sayap prolifik yang menjaringkan sangat banyak gol.

Sebelum ini Salah pernah menunjukkan kesetiaannya dengan Liverpool apabila sanggup menolak tawaran luar biasa dari Arab Saudi untuk terus kekal di Anfield dan menandatangani kontrak baharu.

Salah sekali lagi dikatakan mengutamakan Liverpool berbanding tawaran kelab  lain termasuk dari Arab Saudi sekali lagi.