Ini Deretan Filem Leonardo DiCaprio Yang Power Untuk Disenarai Tonton

Leonardo memang pelakon Hollywood yang sangat terkenal. Bukan kerana dia hensem saja, tetapi kerana bakat lakonannya dan pemilihan watak yang dibuatnya di dalam karier.

Berikut beberapa filem Leonardo DiCaprio yang korang boleh layan pada masa korang lepak kat rumah.

1. Inception(2010)

Mustahil untuk tidak menyertakan filem ini dalam senarai. Leonardo DiCaprio berlakon dalam filem arahan Christopher Nolan.

Ramai menganggap ini adalah filem terbaik Leonardo DiCaprio dalam kariernya. Itu pandangan masing masing. Kalau pun tidak, pastinya ia berada dalam senarai 3 terbaik bukan?

Filem ini bergenre sci-fi / thriller yang mengisahkan tentang pencuri dengan kekuatan yang unik, iaitu memasuki mimpi untuk mencuri idea.

Dengan Leo, anda akan dijemput untuk melihat mimpi orang lain dengan cara yang berbeza.

2. The Departed (2006)

The Departed adalah salah satu filem Leo yang memenangi Oscar untuk FilemTerbaik. Filem ini menceritakan kisah polis Billy Costigan (Leo) yang menyamar menjadi ahli gangster di bawah pimpinan Frank Costello (Jack Nicholson).

Sementara itu, Coin Sullivan (Matt Damon) pula menyamar menjadi polis untuk melaporkan jenayah kumpulan itu. Mereka kemudian cuba mencari identiti satu sama lain untuk menyelamatkan nyawa mereka.

Filem ini sangat best dan ada versi Hong Kong iaitu Infernal Affairs yang terbit lebih awal.

3. What Eating Gilbert Grape (1993)

Mungkin bukan naskah popular Leonardo Di Caprio, namun ia adalah naskah penting beliau.

Siapa sangka jika kita dapat menonton Johnny Depp dan Leonardo DiCaprio dalam filem yang sama dalam What Eating Gilbert Grape.

Leo memegang Arnie Grape, seorang remaja yang mengalami gangguan jiwa. Arnie adalah adik lelaki Gilbert (Johnny Depp), seorang pemuda yang mesti berjuang untuk menyara keluarga yang dilanda kemiskinan.

Filem ini memberikan kejayaan kepada Leonardo di mana beliau tercalon dalam Oscar buat pertama kali.

4. Romeo dan Juliet (1996)

Naskah adaptasi daripada kisah cinta klasik dari novel Romeo dan Juliet karya Shakespare.

Kisah dua keluarga bermusuh namun anak mereka saling mencintai. Cinta mereka menjadi semakin rumit dan mempertaruhkan nyawa.

5) Django Unchained (2012)

Leonardo DiCaprio memainkan watak antagonis Calvin Candie yang mempunyai hati yang kotor, rasis dan buruk.

Leonardo DiCaprio yang biasanya memainkan watak protagonis, berjaya memainkan watak penjahat seperti Calvin Candle. Ianya dianggap antara filem terbaik sepanjang zaman.

6. Catch Me If You Can (2002)

Sesuai dengan judulnya; Tangkaplah aku kalau kau dapat.

Leonardo DiCaprio memainkan peranan sebagai Frank Abagnale, seorang penyamar dan scammer cek palsu yang paling dikehendaki FBI. Ianya berasaskan kisah benar.

Frank Abagnale mengakui filem ini epat 80 peratus dengan kisah hidupnya dan Leo sangat pandai menggambarkan dirinya.

Dalam filem ini, Leo dikejar oleh Tom Hanks. Dan banyak aksi kucing mengejar tikus di dalamnya.

7. The Aviator (2004)

Filem ini mengangkat nama Leonardo DiCaprio sebagai pelakon serba boleh.

The Aviator adalah biopik Howard Hughes. Howard Hughes cukup keras kepala, dan ahli perniagaan yang bercita-cita tinggi dalam mencapai keinginan dan impiannya.

Sekali lagi Leonardo dipuji kerana membawakan watak sebenar dalam kehidupan dengan adaptasi yang mantap di dalam filem.

Leonardo dikatakat paling hampir memenangi Oscar buat pertama kali menerusi filem ini, namun dia terus menunggu lagi.

8. Revenant (2015)

The Revenant adalah filem yang diilhami oleh kisah benar Hugh Glass, watak legenda yang terselamat dari serangan beruang.

Filem ini diakui oleh Leo sebagai filem paling sukar sepanjang dia menjadi pelakon.

Keseluruhannya dari bertindak hingga memakan daging mentah membuatnya berjaya membawa pulang Oscar pertamanya setelah bertahun-tahun dicalonkan tetapi tidak pernah menang.

Filem ini mengakhiri meme Leonardo tak menang Oscar secara rasminya.

9 The Wolf of Wall Street (2013)

Filem The Wolf of Wall Street adalah terbitan produksi dari Malaysia yang kemudian dikaitkan dengan wang 1MDB.

Di sebalik kontroversinya yang panas, filem ini juga sangat panas di arena layar perak. Leonardo DiCaprio membawa watak Jordan Belfort yang gila harta. Dia seorang broker saham yang buas memburu kekayaan.

Filem ini memaparkan sikap hendonisme dan ego seorang manusia.

10. Shutter Island (2010)

Filem saspen thriller yang sarat dengan plot twist. Mind bending movie yang tak terlalu berat tetapi masih membuatkan korang berkata: “Neraka apakah ini” pada hujung filem ini.

Filem arahan Martin Scorsese. Di mana Leonardo membawa watak seorang penyiasat yang menyiasah kes jenayah di sebuah pulau yang terpencil.

Dia bertemu dengan banyak klu dan cuba membongkar misteri itu. Semakin jauh dia menyiasat semakin dia pening dan kita pun pening.

Salah satu filem paling sukses Leo dengan meraih lebih daripada $294.8 juta.

11. Body of Lies (2008)

Filem ini diadaptasi dari novel karya David Ignatius – dengan judul yang sama.

Filem ini, menceritakan kisah Roger Ferris (Leonardo DiCaprio), seorang agen CIA yang ditugaskan untuk menyiasat dalang di sebalik keganasan di Jordan.

Dia sanggup mempertaruhkan nyawanya sendiri untuk menyelesaikan misi ini.

12. Titanic

Tak lengkap kalau tak dimasukkan filem ini. Filem yang menjulang nama Leonardo menjadi superstar bersama dengan kawan baiknya Kate Winslett.

Kisah seorang pemuda miskin bernama Jack Dawson yang syok dengan gadis kaya bernama Rose Dewitt Bukater. Mereka menaiki kapal Titanic yang agung dan dipisahkan berdasarkan kelas sosial.

Akhirnya mereka merentasi tembok hadangan itu dan cinta tidak pernah hilang walaupun Titanic cuba menenggelamkannya bersamanya.

13. The Beach (2000)

14. Gangs of New York (2002)

15. Revolutionary Road (2008)

16. Blood Diamond (2006)

17. The Great Gatsby (2013)

 

Baca yang lain