Ini Dia Gol Dengan Menggelecek Kahn Yang Mengubah Hidup Jay-Jay Okocha

Pada 1993, Jay-Jay Okocha menjaringkan gol yang tidak dapat dilupakan menentang salah seorang penjaga gol terbaik dunia, Oliver Kahn, dalam aksi Eintracht Frankfurt menentang Karlsruher.

Ianya gol yang telah mengubah banyak perkara dalam karier Okocha dan juga menjadi inspirasi ramai orang. Mesut Ozil pernah menyatakan bahawa: “Itulah hari di mana saya mulai menjadikan Jay Jay Okocha sebagai idola saya.”

Sehingga sekarang Ozil masih menganggap Okocha idolanya kerana dia memainkan peranan penting dalam menjadi inspirasi Ozil mengejar impiannya. Sehingga dia bergelar juara dunia.

Pengurus Liverpool, Jurgen Klopp secara peribadi menganggap itu sebagai terbaik dalam Bundesliga. Kerana dia akan terus teringat akan momen itu ketika orang bertanya gol yang dia suka.

Ramai sebenarnya pemain pernah melakukan gol menggelecek penjaga gol. Namun gol Okocha itu menjadi perkara yang fenomena di Jerman pada masa itu. Dia membuatkan Oliver Kahn jadi seperti seorang rookie atau amatur. Seterusnya media Jerman, termasuk TV dan akhbar menjadi gila membincangkan gol tersebut.

Selepas itu Okocha kemudiannya akan bermain untuk Paris-Saint-Germain, dalam Liga Perdana England bersama Bolton Wanderers, dan memenangi Emas Olimpik bersama Nigeria.

Tetapi pada petang Ogos pada tahun 1993, itu adalah musim terbaik pertamanya dalam dalam kerjayanya di Frankfurt. Di mana ketika itu dia masih berusia 23 tahun pada masa itu dan agak kurang ternama.

Okocha menari nari di sekitar lima pemain – sebahagian daripada mereka lebih daripada sekali kena gelecek – sebelum menewaskan Kahn dalam kemenangan 3-1.

“Gol itu mengubah hidup saya dan menjadikan saya terkenal,” kata Okocha kepada Kicker.

“Begitu juga di luar Jerman juga, kerana ia menyebabkan banyak publisiti.”

“Sejujurnya, saya tidak bercadang untuk memegang bola selama itu! Tetapi setiap kali saya mendongak untuk merembat, saya melihat seseorang di hadapan saya. Jadi saya terus menggelecek sehingga saya melihat ruang.”

“Ia mengambil masa lebih lama daripada yang dirancang, tetapi dalam akhirnya saya sangat gembira apabila bola berada di dalam jaring. Itu adalah gol terbaik dalam karier saya.”

Okocha turut menganggap gol itu penting dalam usahanya menentang rasisme di Jerman pada masa itu. Di mana ada segelinti penyokong yang suka mengejek pemain berkulit hitam.

Pada masa itu Okocha masih muda dan dia terkejut mengetahui realiti bahawa adanya sikap perkauman seperti itu dirasainya sendiri.

Okocha berkata: “Saya tak tahu yang saya adalah lelaki yang ada warna kulit sehingga saya pindah ke Jerman. Rasisme di sana terlalu tinggi. Jadi yang saya mahu bukitkan adalah untuk menunjukkan kepada orang orang putih ini, saya pun rasis juga dengan menggelecek mereka sampai tersandung di atas rumput.”

Pengurus dia masa itu menyatakan di bangku simpanan dia dan pemain pemain di situ menjerit: Shot shot sekarang. Begitu juga peminat.

Namun akhirnya dia sedar, pemain seperti Okocha, kamu hanya perlu biarkan dia mengekspresikan dirinya.

Oliver Kahn menjelaskan dia tak akan pernah lupa gol itu. Sehingga sekarang dia masih merasa kedinginan kerana gol itu,

Pada 2016, dalam satu slot peringatan hari ini dalam sejarah untuk gol tersebut, Kahn menulis: “Tepat 23 tahun yang lalu terhasilnya gol sensasi sekali daripada Jay Jay Okocha, pada tarikh hari ini. Dan saya masih lagi kedinginan.”

Okocha menjaringkan 101 gol – serta menyumbang 52 bantuan – dalam 492 perlawanan kerjaya di peringkat kelab. Dia dianggap sebagai salah seorang pemain terbaik sepanjang zaman dari Afrika.

Pemain yang dianggap memiliki kaki samba bersamanya walaupun dia bukan Brazillian.

Gol itu mungkin antara perkara terbaik dalam kariernya di Frankfur. Kerana selepas itu, pada musim 95/96, dia tidak sehaluan dengan pengurusnya Jupp Heynckess dalam musim yang penuh tegang, berjuang mengelak penyingkiran dan akhirnya mereka gagal.

Masa depannya di liga Jerman sudah berakhir. Dia kemudian terpaksa mencari kelab baharu untuk meneruskan kariernya.

Namun dalam temasya sukan Olimpik Atlanta 1996,  dia menjadi wira negaranya, mengejutkan dunia, membantu Nigeria memenagi pingat emas.

Nigeria menewaskan Argentina dalam aksi final.

Dia menyertai Fenerbahce dan PSG sebelum berkarier ke England menyertai Bolton Wanderers di bawah kendalian Sam Allardyce. Antara pasukan terbaik yang pernah diuruskan Sam Allardyce, digelar generasi emas kelab tersebut. Dia terus menjadi idola ramai peminat ketika di England.