Ini Dia ‘Promotion Specialist’ Di Perancis, 5 Kali Dia Naikkan Pasukan Ke Ligue 1

Nama Jean Marc Furlan mungkin asing bagi kita semua. Namun di Perancis nama dia terus subur sebagai pakar menaikkan pangkat pasukan divisyen 2 ke Ligue 1.

Semalam Auxerre menang dalam play off menentang St Etienne. Auxerre merupakan pasukan di tangga ketiga. Menentang St Etienne yang menamatkan saingan di tangga ke-17 dalam saingan Ligue 1.

Dalam dua pertemuan timbal balik di antara kedua dua pasukan, kedua duanya terikat dengan agregat 2-2.

Dalam penentuan penalti, Auxerre menang dengan 5-4.

Jean Marc Furlan kini sudah 5 kali membawa pasukan dari Ligue 2 naik ke Ligue 1.

Pada 2005, 2012 dan 2015, dia membawa pasukan Troyes naik ke Ligue 1.

Kemudian pada 2019, dia membantu Brest pula naik pangkat. Tiga tahun kemudian giliran Auxerre pula yang berjaya naik pangkat ataupun memenangi promosi ke Ligue 1.

Auxerre meraikan kejayaan tersebut dengan girang sekali. Dan sudah tentunya para peminat mereka mahu Jean Marc Furlan untuk membimbing mereka pada musim hadapan di Ligue 1.

Bordeaux mahu pancing Furlan

Minggu lalu Foot Mercato melaporkan bahawa, Bordeaux cuba melamar Jean Marc Furlan untuk membimbing pasukan mereka pada musim hadapan. Berita itu benar benar mengejutkan ramai peminat Auxerre. Walaupun bagi pemerhati bola sepak Perancis, berita itu dianggap sudah dijangka.

Ini kerana reputasi Furlan yang kuat dalam membantu menaikkan pasukan  Ligue 2 ke Ligue 1.

Bordeaux ditimpa malapetaka apabila tersingkir ke Ligue 2 buat pertama kalinya selepas 30 tahun.

Mereka merupakan pasukan yang dianggap nama besar di Perancis beberapa tahun atau dekad yang lalu. Pernah beraksi di pentas UCL.

Bordeaux malah pernah menjuarai Ligue 1 pada 2009.

Musim 2021/22 dianggap musim paling teruk buat Bordeaux. Mereka terpaksa memecat Laurent Koscielny dan kemudian menamatkan kontrak pemain itu kerana isu kecergasan.

Terdapat juga laporan menyatakan kelab terpaksa membuang Koscielny kerana desakan ultras yang berterusan.

Koscielny sebelum ini dianggap wira oleh Ultras Bordeaux selepas dia sanggup mendesak perpindahan dari Arsenal ke Bordeaux. Pada video pengenalan dia turut dengan beraninya menanggalkan jersi Arsenal secara langsung.

Tindakan tersebut mengguris hati para peminat Arsenal yang menuduh Koscielny biadap walaupun dia merupakan pemain yang disayangi di Emirates.

Koscielny ketika sebelum dia datang ke Bordeux merupakan kapten Arsenal dan pemain kebangsaan Perancis.

Beberapa bulan selepas itu, seorang pemain muda mereka dikantoikan oleh bekas teman wanitanya sendiri, bahawa dia mencuri but pemain senior dan dijual di pasaran barangan terpakai.

RMC turut melaporkan bahawa pemain muda itu digantung daripada skuad utama buat sementara waktu ketika siasatan dijalankan.

Selepas dia didapati bersalah, kelab memutuskan bahawa pemain itu digantung 1 perlawanan dan didenda dengan jumlah yang tinggi.

Rakan rakan sepasukannya menganggap tindakan kelab itu sebagai terlalu ringan untuk kes mencuri. Namun mereka tetap menghormati pendirian kelab untuk tidak menghebahkan kepada umum tentang identiti pemain tersebut.

Para pemain Bordeaux yang lain setuju kes itu sudah diselesaikan sesama mereka di bilik persalinan walaupun agak terkilan dengan hukuman yang dikenakan ke atas pemain itu.

Bilik persalinan Bordeaux dianggap antara yang paling neraka di Eropah pada musim ini. Adakah Jean Marc Furlan sedia untuk menggalas tanggungjawab itu?

Atau dia patut setia sahaja bersama dengan pasukan yang dia bimbing sekarang iaitu Auxerre.

Bordeaux dilaporkan sedia membayar gaji lebih besar kepada Furlan dan menjami akan memberikan sokongan dana yang mencukupi di pasaran perpindahan pemain.

 

Baca yang lain

Xavi Nekad Tinggalkan Barca

Xavi Hernandez menyatakan bahawa dia sudah nekad mahu meninggalkan Barcelona pada akhir musim ini. Xavi beberapa bulan lalu mengesahkan dia sudah mencapai