Ini Ganjaran & Bonus Tak Masuk Akal Dalam Kontrak Neymar Termasuk Dapat Jet Peribadi

Neymar rasmi menyertai Al Hilal dalam perjanjian yang dikatakan berharga sekitar €90 juta diterima PSG daripada perpindahan ini.

Pemain itu sudah menandatangani kontrak rasmi dengan Al Hilal. Dan pengumuman rasmi di media sosial kelab sudah pun dibuat.

PSG mengucapkan selamat tinggal buat Neymar yang mereka anggap sebagai legenda PSG.

Beberapa minggu lalu, Neymar bercakap dengan pengurusan tertinggi PSG bahaa dia berminat menerima tawaran dari Al Hilal.

PSG yang ketika itu berusaha menjual Mbappe ke Al Hilal telah memutuskan untuk setuju dengan bidaan daripada Al Hilal untuk Neymar.

Neymar dilaporkan akan menerima gaji sangat lumayan serta pakej bonus tidak masuk akal di Arab Saudi.

Neymar meneria sekitar €160 juta setahun untuk kontrak selama 2 tahun di kelab itu. Bermakna dia akan menerima gaji tetap tanpa cukai €320 juta untuk kontrak 2 musimnya di Al Hilal.

Bukan itu sahaja, Neymar turut diberik jet peribadi percuma oleh kelab itu dan juga rumah agam mewah. Tawaran yang sama diberikan kepada pemain seperti Karim Benzema oleh kelabnya.

Selain itu, Neymar juga ada bonus kemenangan sebanyak €78,000 untuk setiap kemenangan.

Serta lebih gila, kelab akan membayar hak imej kepada Neymar untuk post di media sosial.

Kontrak Neymar memberikan pemain itu kuasa khas untuk dia memegang sendiri hak imej sepenuhnya bukannya kelab.

Bermakna Neymar menerima €500,000 daripada bayaran untuk imejnya di media sosial.

Neymar dianggap salah seorang pemain terbaik dalam generasinya. Dia masih lagi memiliki peak untuk bermain di peringkat tertinggi.

Neymar dikenali dengan gaya permainan yang licik dan penuh skil.

Neymar nampaknya bersama sama dengan bintang lain seperti Cristiano Ronaldo, Karim Benzema, Sadio Mane, Riyad Mahrez, Roberto Firmino dan ramai lagi datang memeriahkan Liga Pro Saudi.

Kedai barangan rasmi kelab Al Hilal diserbu peminat yang mahu mendapatkan jersi Neymar Jr.

Neymar turut sempat mengadakan sesi facetime dengan Putera Al Waleed Bin Talal yang dianggap orang terkaya di Arab Saudi yang merupakan peminat tegar Al Hilal.

Baca yang lain

Sancho Tak Mahu Pulang Ke United

Koresponden Patrick Berger mendedahkan bahawa Jadon Sancho sudah tak ada hati untuk bermain untuk Manchester United lagi. Pemain itu tidak mahu kembali

Ralf Ragnick Rasmi Tolak Bayern Munich

Ralf Rangnick secara rasminya menolak tawaran untuk menjadi pengurus Bayern Munich. Nama Poknik sebelum ini mulai dikaitkan dengan Bayern setelah kelab itu