Ini Kemaskini Kecergasan Rashford Dan Martial

Manchester United menerima dua berita pada hari ini iaitu berita yang baik dan berita yang kurang baik.

Berita baiknya, Ole Gunnar Solskjaer mengesahkan bahawa Marcus Rashford akan dapat kembali beraksi sebelum musim ini berakhir.

Solskjaer berkata tentang Rashford: “Selepas laporan imbasan pada kecederaan beliau, ianya sangat memberangsangkan. Namun kita akan memberikan dia masa secukupnya agar dia dapat pulih sepenuhnya.”

“Sudah tentu sahaja dia sangat terdesak nak kembali beraksi semula. Namun masih ada beberapa bulan lagi untuk kita melihat dia, kita tak mahu terburu-buru.”

Namun berita yang kurang enaknya, Anthony Martial terpaksa disisihkan daripada pasukan.

Ini selepas pemain itu gagal untuk melepasi saringan kecergasan terakhir sebelum aksi Liga Perdana Inggeris.

Beliau tidak ada disertakan di dalam pasukan yang akan beraksi berhadapan dengan Everton.

Man United berpeluang untuk merapatkan jurang mata kepada satu mata jika menang pada aksi malam ini.

Ini selepas Chelsea sekali lagi keciciran mata mereka semalam berhadapan dengan Bournemouth.

Baca yang lain

UEL: Liverpool Rasminya Tersingkir

Liverpool berkunjung ke markas Atalanta dengan membawa defisit 3 gol dari Anfield. Misi mereka adalah menjaringkan 3 gol dan cuba mengelak bolos.