Ini Kepercayaan Mistik Ole Hampir Turunkan Henderson Kerana Percaya Ong Nombor 26

Pengurus Mancheser United membuat kenyataan yang mengejutkan ramai. Walaupun hidupnya serba moden, namun Ole Gunnar Solskjaer masih percaya dengan unsur unsur mistik dan tuah.

Malang sekali menurut Ole dia tidak membuat keputusan yang sebaliknya. Jika tidak, mungkin Man United boleh juara.

Menurut Ole, beliau mahu menurunkan Dean Henderson dalam aksi final Liga Europa. Tetapi terpaksa menghormati De Gea.

Ole merasakan nombor yang dipakai oleh Dean Henderson ada ong untuk mereka. Pemain itu memakai jersi nombor 26.

Ole berkata: “Harijadi isteri saya pada 26 haribulah, kami bernikah pun pada 26 haribulan. Jadi saya percaya kepada suratan yang sudah tertulis ataupun ‘skjebne’ – itu yang kami gelar ia di Norway.”

“Nombor itu istimewa buat kami, dan untuk keluarga kami juga. Saya menganggap ianya adalah tuah yang baik untuk kami. Saya bukanlah seorang yang percaya dengan benda mistik, tetapi saya suka dengan perkara perkara yang ada memberikan petanda yang baik.”

“Tetapi para pemain perlu melakukan tugasan mereka. Atau mungkin kami boleh memberikan hadiah kepada harijadi mendiang Sir Matt Busby dengan satu lagi kemenangan.”

“Kami tahu, Sir Alex ada bersama dengan kami, kami tahu 26 Mei adalah harijadi Sir Matt juga. Tetapi para pemain yang menandatangani kontrak dengan United, tugas mereka adalah untuk memenangi trofi.”

“Mereka menerima cabaran itu untuk menjadi yang terbaik sebab ini adalah kelab terbaik di dunia dan itulah tekanan di Manchester United.”

Tetapi ternyata bos Old Trafford tidak sepenuhnya yakin dengan ong angka 26 jika dia fikir ia mempunyai petanda yang penting.

Dan seperkara lagi yang menarik, pada 26 mei 1999, Solskjaer menjaringkan gol kejuaraan untuk Man United melengkapkan kebangkitan luar biasa berhadapan dengan Bayern Munich.

22 tahun kemudian pada tarikh yang sama, Ole menjadi pengurus United yang beraksi dalam final UEL.

Dia menyisihkan pemain nombor 26 United, Dean Henderson, di bangku simpanan. Walaupun De Gea memiliki rekod yang teruk dalam aspek menyelamatkan penalti, Henderson tetap tak dimasukkan untuk penentuan.

De Gea gagal menyelamatkan kesemua 36 penalti terakhir yang beliau hadapi termasuk 11 dalam aksi final semalam.

Dan Solskjaer mengakui memang ada mempertimbangkan mahu menggantikan De Gea untuk penalti itu. Tetapi Solskjaer menghormati De Gea yang sudah bermain sepenuh masa.

Solskjaer menjelaskan: “Anda tentu sahaja pernah melalui setiap senario. Dan itu sudah terlintas dalam fikiran saya dalam menghadapi perlawanan ini tetapi kami yakin dengan David dan dia bersedia.”

Solskjaer menyatakan bahawa penentuan penalti antara kedua dua pasukan adalah berkualiti tinggi. Dan beliau merasakan United seharusnya menyelesaikan urusan mereka pada 120 minit. Malang sekali mereka gagal mendapatkan gol kedua atau ketiga.

“Apa sahaja boleh berlaku dalam penentuan penalti. Saya kekal dengan penjaga gol yang bermain sepanjang perlawanan.”

“Saya harus mengatakan bahawa itu adalah penentuan penalti berkualiti tinggi, tetapi kami tidak melakukan cukup bagus dalam 120 minit untuk menjaringkan lebih banyak gol dan itu sedikit mengecewakan.”

“Kami mengalami tekanan, kami memiliki saat-saat di mana kami merasakan kami perlu melakukan lebih lagi untuk mendapat gol. Malangnya kami tak mampu.”

Baca yang lain