Ini Kisah Vinicius Batalkan Penerbangan Mewah Dan Dah Janji Bagi Pemain Real Madrid Rolex

Relevo melaporkan bahawa Vinicius Jr sudah mengadakan parti sampai pagi dengan teman teman rapatnya dan juga pemain pemain Real Madrid sehari sebelum Ballon d’Or diumumkan.

Pemain itu yakin bahawa dia akan memenangi Ballon d’Or dan mahu menghadiahkan jam tangan Rolex kepada setiap pemain Real Madrid.

Rakan rakannya di dalam parti itu ssudah yakin bahawa Vini akan memenangi bola emas itu dan menyanyi, bersorak untuknya. Mereka melabel Vini Jr sebagai pemenang Ballon d’Or.

Namun pemain itu benar benar kecewa setelah mendapat tahu bahawa dia tidak akan memenangi Ballon d’Or selepas wakilnya berhubung dengan pegawai France Football Magazine yang merupakan penganjur Ballon d’Or.

Di mana pihak penganjur tidak mewajibkan pemain itu hadir. Yang bermaksud Vini Jr bukannya pemenang anugerah itu. Real Madrid pastinya lebih arif tentang perkara itu kerana mereka sudah bertahun tahun mengetahui polisi Ballon d’Or.

Terutama sekali pengurus mereka, Carlo Ancelotti dihantar jemputan khas agar dia memastikan dirinya hadir ke acara itu. Kerana pengurus itu kemudiannya memenangi anugerah jurulatih terbaik.

Pegawai kelab Madrid juga dijemput kerana kelab itu dinobatkan sebagai kelab terbaik dunia.

Pihak penganjur biasanya akan menjemput calon yang diang  gap pemenang untuk hadir untuk mengelakkan pemenang tidak hadir ke acara tersebut. Polisi itu berbeza dengan polisi laman Ballon d’Or, di mana nama pemenang benar benar dirahsiakan.

Hal ini kerana seringkali terjadi konflik antara penganjur dengan kelab atau pemain. Setelah pemain hadir  ke acara itu mereka tidak menang apa apa. Ia akan merugikan kelab dengan jadual yang padat. Ada juga pemain yang sepatutnya menjadi pemenang tidak hadir kerana merasakan diri mereka tak akan menang.

Semakin ramai pemain dan kelab yang sudah tawar hati untuk hadir ke Ballon d’Or terutama sekali era Lionel Messi dan CR7 yang menyaksikan anugerah itu  sentiasa menjadi perebutan antara dua pemain itu.

Vinicius mendapati pihak penganjur masih tidak benar benar mewajibkan kehadirannya. Dan dia yakin itu petanda bahawa dia tidak akan menang. Dia mulai menghantar mesej kepada beberapa rakannya bahawa dia yakin dia tak akan menang.

Florentino Perez kemudian mendapat tahu Vinicius enggan hadir ke acara itu kerana tidak menang. Lalu dia mengarahkan semua pemain Real Madrid dan juga jurulatih mereka Carlo Ancelotti memboikot acara tersebut.

Ini sebagai tanda solidariti buat Vinicius Jr yang terguris dan tersinggung dengan keputusan Ballon d’Or yang tidak mengiktiraf dia sebagai pemain terbaik dunia.

Real Madrid juga lebih kecewa apabila mendapat tahu Rodri yang menang, kerana mereka yakin jika bukan Vinicius Jr yang menang, sepatutnya Dani Carvajal yang menang.

Florentino Perez juga yakin bahawa pemain seperti Rodrygo juga seeharusnya menjadi pencabar utama Vinicius Jr dan satu satunya pemain yang dianggap Perez paling layak menewaskan Vini. Namun jika Rodrygo yang menang, media pastinya akan bising dan menganggap Vinicius lebih layak.

Vinicius sebenarnya sudah menghantar mesej kepada keluarga dan kenalan rapatnya bahawa ianya akan menjadi perjalanan yang mereka tak akan lupakan, di mana dia akan ke Paris dan mengambil Ballon d’Or. Namun keterujaan itu bertukar menjadi kekecewaan yang sangat besar untuknya. Sehinggakan dia tidak mahu hadir langsung.

Dia sudah merancang membawa 20 orang rakan bersamanya terbang dengan jet peribadi. Dan mereka akan meraikannya sekali lagi di Paris. Dia sudah menempah penerbangan dari terminal mewah di Barajas. Rakan rakannya semuanya sudah menempah suit mewah. Mereka mahu menemani Vinicius untuk ke malam Gala tersebut.

Dan selepas dia menang, mereka akan berparti dengan beratus ratus orang lagi hadirin yang hadir termasuk pemain pemain Real Madrid yang sepatutnya terbang ke Perancis juga. Namun Vinicius membatalkan penerbangannya. Dan dia memaklumkan kepada rakan rakannya tak jadi ke Paris.

Rakan baiknya, Rodrygo dilaporkan tidak percaya pada awalnya ketika dia menerima mesej daripada Vinicius bahawa pemain itu tak jadi ke Paris. Dia ingat Vini sedang bermain prank dengannya.

FA Sepanyol sendiri anggap Real Madrid sedang berjenaka apabila pemain pemain kebangsaan Sepanyol membalas: ‘Harap boleh la pergi’ ketika ditanya tentang kehadiran ke majlis itu untuk mewakili pasukan Sepanyol.

Sehinggalah Real Madrid mengeluarkan arahan bahawa semua pemain dan pegawai mereka tidak akan ke majlis itu sebagai solidariti buat Vini.

Vinicius kemudian menganggap kekalahannya kali ini pasti ada kaitan dengan kelantangannya melawan perkauman di Eropah. Dan dia bertekad akan melakukannya 10 kali ganda selepas ini.