Awal pagi tadi waktu Malaysia (tu pun kalau kau tak tertidur), Liverpool berjaya mencatatkan satu lagi kemenangan dalam aksi EPL.
Kali Liverpool menang 2-0 hasil jaringan Mohamed Salah dan Sadio Mane.
Gol pertama hadir pada separuh masa pertama seawal minit kelapan. Dan gol kedua dalam pada separuh masa kedua.
Apa yang pasti ianya kemenangan yang sangat penting dan menjadikan Liverpool kini genap setahun dah tak kalah kalah EPL. Tak terasa kan? Kau meroyan sana sini sebenarnya team ni dah setahun tak kalah.
365 days since Liverpool lost a league game.
Rival fans been waiting like: pic.twitter.com/iMDwGhbcld
— Imran khan (@khanUR199) January 2, 2020
Ok, pengurus Sheffield, Chris Wilder ni terkenal dengan mulutnya yang psiko. Dalam perlawanan pertama dahulu dia dah pesan, lawan Liverpool ni kena target menang.
Dia tak nak pemain dia jeling jeling jersi pemain Liverpool sebab nak bertukar katanya. Siapa pemain yang gatal gatal bertukar jersi dia akan denda.
'I don't want our players being starry-eyed and looking to swap shirts with the Liverpool players'
Sheffield United manager Chris Wilder has promised his players will 'get stuck into' Liverpool when they face the Premier League leaders on Saturday. pic.twitter.com/YndXACckxM
— Sky Sports News (@SkySportsNews) September 26, 2019
Chris Wilder memang pakar dalam benda mind game ni. Sebab tu dia berjaya menaikkan Sheffield 2 kali promotion.
Selepas tamat aksi semalam Chris Wilder memberikan komen tentang Liverpool.
“Team mereka ni gila babi la. Mereka memenangi bola pertama. Mereka dapat bola kedua. Mereka lari ke depan dan belakang. Lahanat betul. Macamana kau nak menang ni?”
Chris Wilder looks like he is actually losing the will to live 😂 Liverpool must be an absolute nightmare to play/manage against!! Nothing he can do to change this game!! #LIVSHU pic.twitter.com/2lPeClWAuZ
— Scott Watson (@iamcalledscott) January 2, 2020
“Diorang ni buat benda tu dengan sangat baik dan ada kualiti sebagai pasokan Juara Donia.”
“Aku suka benar dengan semua perkara tentang Liverpool buat ni. Eh siallah.”
“Ianya tidak bergantung kepada kemampuan diorang semata mata tetapi semangat dan keinginan mereka melakukannya.”
“Kalau kau nak belajar menjadi Coach, kau tengok Liverpool bermain.”
Chris Wilder has some advice about Liverpool.
'humility and desire as world champions'. Not only is the ability there, but that desire pushes them over. So hard to match it.
Finally someone who isn't blinded by disappointed when it comes to Liverpool.pic.twitter.com/K1UCijd0ta
— The Tactical Times (@Tactical_Times) January 2, 2020
Liverpool sangat dominan dalam aksi semalam. Liverpool mencatatkan 969 hantaran dalam perlawanan ini. Dan Virgil Van Dijk sahaja melakukan 141 hantaran.
Liverpool's total of 969 passes against Sheffield United is the highest number by any team in a Premier League match.
Virgil van Dijk attempted 141 passes 🤯 pic.twitter.com/QXh4nFEqF8
— Football Tweet (@Football__Tweet) January 2, 2020
Liverpool masih berada 13 mata di atas puncak EPL dengan ada satu baki perlawanan lagi.
Fokus selepas ini adalah aksi derbi Merseyside menentang Everton dalam saingan piala FA. Perlawanan yang dijangka akan menjadi perlawanan debut Takumi Minamino.
Selepas itu ada dua big game Liverpool iaitu vs Spurs di away dan vs Man United di Anfield.