Ini Kunci Utama Man United Dalam Mendapatkan Ugarte Dari PSG

Manchester United mengenal pasti Manuel Ugarte sebagai pemain untuk menambah kekuatan pada bahagian tengah pasukan bimbingan Erik ten Hag pada awal jendela perpindahan musim panas. Tetapi sebenarnya untuk mendapatkan perjanjian untuk pemain Uruguay itu, yang kini hampir menandatangani, memerlukan kesabaran untuk sampai ke tahap ini.

PSG membayar sekitar €60 juta (£51.4 juta) untuk menandatangani Ugarte dari Sporting CP musim panas lalu. Tetapi walaupun berada di kedudukan tinggi dalam Ligue 1 dalam aspek ketepatan hantaran dan terjahan, dia mendapati dirinya bukan pilihan utama dan akhirnya berjaya hanya 21 permulaan dalam pertandingan sebagai hasilnya. Ketibaan Joao Neves dari Benfica telah menyukarkan lagi tempatnya dalam kesebelasan utama.

Walaupun juara Perancis itu bersedia untuk menjual, namun difahamkan bahawa PSG menjelaskan dengan jelas dalam perbincangan sepanjang Jun dan Julai mereka mahu mendapatkan semula wang mereka iaitu €60 juta.

Walaupun rundingan berjalan sehingga pada satu tahap ada rundingan perjanjian pinjaman dengan kewajipan untuk membeli, namun PSG lebih memilih untuk menjual tetap pemain itu.

Syarat peribadi telah dipersetujui lama sebelum kelab mencapai persetujuan dan apa yang membantu United adalah keinginan peribadi Ugarte datang ke Man United.

Pemain berusia 23 tahun itu, yang sebelum ini meninggalkan bandar kecil Montevideo untuk terbang ke Portugal, Famalicao pada Januari 2021, dia hanya mahu berpindah ke Old Trafford dan sanggup menunggu perpindahan dipersetujui. Terdapat minat daripada Bayern Munich. Namun melihat kesungguhan dan keinginan Ugarte untuk menyertai United membuatkan kelab gergasi Jerman itu tidak meneruskan hasrat untuk mendapatkannya. Kerana ia dianggap proses sia sia.

Kesabaran adalah kunci utama buat United dapat mencapai kesepakatan yang dianggap menguntungkan. Bukan sahaja United namun semua pihak termasuk Ugarte dan McTominay.

United meminta McTominay agar tidak terburu buru berpindah sehingga kelab mendapatkan bayaran terbaik untuknya iaitu €30 juta. Angka itu dianggap United bukanlah angka yang menguntungkan namun cukup bagus untuk memastikan McTominay berpuas hati dengan tanda harga yang membolehkan kelab lain menbidanya.

Fulham datang dengan 3 tawaran untuk McTominay, dan pemain itu sudah setuju syarat peribadi menyertai kelab itu tetapi United meminta dia bersabar. Kerana harga ditawarkan Fulham rendah daripada yang mereka harapkan.

United tidak terburu buru dalam membeli Ugarte untuk memastikan status kewangan mereka terjamin dalam keadaan baik baik sahaja. United juga meminta Ugarte dan PSG bersabar kerana mereka yakin akan dapat menarik pembeli yang tepat untuk Scott McTominay. Akhirnya Napoli dilaporkan berminat dan pemain itu juga sedia menyertai Antonio Conte di sana.

Napoli sedia membayar €30 juta untuk pemain Scotland itu. Dan dari segi sudut keuntungan peraturan PSR, United kini hanya perlu mengeluarkan €30 juta sahaja untuk menambah wang daripada penjualan McTominay bagi mendapatkan Ugarte.

Semua pihak berpuas hati, termasuk PSG yang merasakan tidak sia sia mereka menunggu Man United. Disidai cara seperti ini tak mengapa kerana United benar benar mengotakan janji mereka akan membeli Ugarte dengan nilai €60 juta yang dipecahkan kepada €50 juta tetap dan €10 juta bonus tambahan berkaitan prestasi.

Menurut Fabrizio Romano segalanya akan dimeterai minggu ini. Dilaporkan segalanya sudah dipersetujui sejak awal kecuali klausa penjualan pemain itu. Di mana PSG meminta 10% klausa penjualan Ugarte di masa akan datang menjadi milik mereka. Dan rundingan menjadi sangat positif.

Bagi pihak Scott McTominay, dia tidak sia sia menghormati pendirian United untuk hanya menjual dia dengan harga yang mereka rasa tepat pada masa ini.

United membuat kejayaan pada malam Isnin apabila pengarah teknikal Jason Wilcox, terus terbang ke Paris. Dia tidak mahu berlengah dalam perkara ini apabila segalanya sudah tersedia untuk diselesaikan.

Jean-Claude Blanc, ketua eksekutif INEOS Sport dan juga Ketua Pegawai Eksekutif, Omar Berrada serta pengarah sukan Dan Ashworth kedua-duanya juga banyak terlibat dalam rundingan ini. Sebenarnya usaha mendapatkan Ugarte sudah dimulakan sejak pertengahan musim lalu dengan Jean Claude Blanc ketika itu dilantik menjadi CEO interim sementara menunggu Berrada memulakan tugasannya secara rasmi.

Tiada pihak yang boleh disebut kalah dalam rundingan ini termasuk PSG. Sir Jim Ratcliffe sendiri menyatakan bahawa laporan bahawa dia telah menang dalam pertarungan dengan Sheikh Jassim untuk mendapatkan Ugarte agar pemain itu keluar adalah tidak tepat. Sebaliknya PSG juga seperti United, mereka hanya menjual pemain pada harga yang tepat.