Bunkface hari ini telah menjadi tular di media sosial terutama sekali di Twitter. Ini selepas kugiran tersebut mengeluarkan lagi Akhir Zaman di youtube versi audio dengan paparan lirik.
Di sebalik suhu politik negara yang sedang panas, Bunkface menambahkan lagi darjah kepanasannya.
Lagu tersebut adalah kritikan kepada masalah sosial, politik dan pelbagai lagi.
Antara bait panas yang dimuatkan adalah ‘mana pergi semua duit rakyat’, lirik berbunyi ‘L*BT pergi mampus’ juga mendapat reaksi negatif netizen.
(Kena bintang sebab nanti Mark Zuckerberg kacau).
Namun begitu ramai yang muncul menghentam kerana tidak berpuas hati.
https://twitter.com/i/status/1232894448142471170
Aktivis Numan Afifi antara yang tak puas hati dan meminta semua rakyat jelata pergi repot video tersebut sebagai lagu yang mengandungi lirik kebencian dan keganasan.
Numan sempat memberikan garis panduan dan tutorial melakukan perepotan itu.
This song promotes homophobia & violence against LGBTQ people. Please report the video on youtube:
1. Click: https://t.co/VquO0LHQfH
2. Open settings
3. Select "Hateful or abusive content" > "Promotes hatred or violence"
4. Timestamp 1:06, add comment, "hateful lyric"
5. Submit https://t.co/jSIu4W55j5— Numan Afifi (@NumanAfifi) February 26, 2020
Ada ramai lagi yang mengentam Bunkface gara gara lirik lagu mereka pada kali ini.
Di sebalik kecaman yang diterima, ramai juga yang menyokong Bunkface.
Ramai yang menganggap lagu itu keras. Dan menyatakan ia adalah cara untuk memberitahu orang yang tak dengar cakap, apabila kiasan tak boleh, maka bagi setepek terus.
Di kala ramai yang menyatakan memboikot Bunkface, ramai juga yang menyatakan akan terus setia bersama Bunkface.
Bagi mereka, apa yang diluahkan Bunkface di dalam lirik kali ini adalah permasalahan dan kebejatan sosial yang sedang melanda negara kita.
Ini termasuk dengan para pemimpin yang cakap tak serupa bikin.
Muzik adalah elemen yang terbaik untuk meluahkan perkara seperti itu. Terutama sekali band seperti Bunkface yang ramai peminat.
Selain itu mereka juga yaki, Sam dan rakan rakannya tahu apa yang mereka buat.
View this post on Instagramhttps://youtu.be/hFMvDf5miSE #akhirzaman #bunkface
A post shared by SamBunkface (@sambunkface) on
Jadi korang di pihak mana? Sokong ke kecam Bunkface?
Berikut adalah lirik lagi Akhir Zaman
Akhir Zaman – Bunkface
https://youtu.be/hFMvDf5miSE
Hey Ho Ayuh!
Engkau agamamu, Aku agamaku,
Semua haram mahu jadi halal,
Engkau agamamu, Aku agamaku,
Demi masa sila guna akal
Jawab di sini lepas,
Jawab di sana belum tentu lepas,
Dulu hebat kini dah berkarat,
Semua bangsat sudah pun mendarat,
Mana pergi, mana pergi, mana pergi suara demi rakyat,
Mana pergi,
Engkau agamamu, Aku agamaku,
Korupsi kita perlu kasi hapus,
Engkau agamamu, Aku agamaku,
L68T, boleh pergi mampos
Jawab di sini lepas,
Jawab di sana belum tentu lepas,
Dulu hebat kini dah berkarat,
Semua bangsat sudah pun mendarat
Mana pergi, mana pergi, mana pergi suara demi rakyat,
Dulu hebat kini dah berkarat