Ini Latihan Salah Ketika Ramadan

Mohamed Salah telah mengubah jadual latihannya ketika bulan Ramadan. Sama juga dengan para pemain yang beragama Islam yang lain.

Di mana beban latihan mereka akan berubah pada bulan Ramadan.

Salah telah memuat naik video beliau melakukan latihan pada pukul 3 pagi sebelum sahur.

Ini bagi membolehkan beliau Sentiasa berada dalam fizikal terbaik sepanjang bulan Ramadan di mana Mo Salah seperti muslim yang lain yang berpuasa.

Mo Salah merupakan seorang muslim yang taat dengan tuntutan agamanya.

Beliau sentiasa cuba untuk berpuasa penuh jika tidak ada halangan yang tidak dapat dielakkan sebagai pemain bola sepak.

Dengan tempoh kuarantin ketika ini, ianya peluang untuk Mo Salah menunaikan ibadat puasanya sebaik mungkin.

Namun pada masa yang sama ianya juga cabaran kerana Mo Salah perlu untuk merancang dan melakukan latihan peribadinya sendiri tanpa bantuan jurulatih secara dekat.

Salah memuat naik gambar di mana beliau bangun pada awal pagi dan melakukan latihan fizikal di dalam gym peribadi di rumahnya pada pukul 2.40 pagi.

Beliau memang terkenal dengan sikapnya yang rajin berlatih walaupun di rumah. Rakan rakannya memanggil Mo Salah sebagai hantu gym.

Oleh sebab itu beliau sentiasa berada dalam kondisi fizikal yang terbaik bagi bersaing dengan pemain elit yang lain di atas padang.

Liverpool antara pasukan yang memberikan penekanan yang tegas kepada para pemainnya untuk melakukan latihan setiap hari.

Mereka dipantau menerusi atas talian. Dan hampir setiap hari mereka berlatih secara bersama sama dan berhubung menerusi aplikasi zoom.

Para pemain dikehendaki memberikan laporan harian mereka kepada pegawai pasukan.

Selain daripada Mohamed Salah, pemain lain yang beragama Islam di dalam pasukan Liverpool ialah Sadio Mane dan Naby Keita.

Jurgen Klopp pernah menyatakan bahawa beliau sangat berbangga kerana mengendalikan sebuah pasukan yang berbilang kaum dan agama.

Malah Jurgen Klopp menganggap bahawa rutin pemain beragama Islam telah menjadi sebahagian daripada pasukan mereka di mana para pemain lain tidak ada masalah bergerak lebih awal ke Stadium pada hari perlawanan.

Ini untuk memberikan ruang kepada pemain yang beragama Islam solat terlebih dahulu.

Malah Jurgen Klopp sangat kagum dengan Mohamed Salah dan Sadio Mane yang menurut beliau sentiasa bertenaga walaupun solat setiap 5 waktu.

Selamat berpuasa kepada Mo Salah dan seluruh umat Islam di seluruh dunia termasuk korang yang baca artikel ni.

Baca yang lain