Ini Memang Gila! Morata Skor 3 Kali Dan Kesemuanya Tak Sah Kerana Ofsaid

Alvaro Morata ada rekod untuk dilupakan pada hari ini. Di mana pemain itu berjaya merobek gawang lawan sebanyak 3 kali.

Namun malang sekali 3 kali juga gol itu dibatalkan VAR kerana Alvaro Morata ofsaid.

Juventus turun tanpat megastar mereka Cristiano Ronaldo. Harapan tinggi diletakkan pada bahu Morata selepas aksi cemerlang beliau sebelum ini.

Barcelona di hadapan menerusi Ousmane Dembele selepas menerima hantaran Lionel Messi.

Dan selepas itu, perlawanan ini bertumpu kepada kisah seorang pemuda Sepanyol yang menuai ofsaid dalam perlawanan ini.

Morata mencatatkan hatrik gol yang tidak diizinkan kerana offside ketika Juventus tewas kepada Barcelona di Liga Juara-Juara.

Ofsaid pertamanya berlaku pada minit ke-16. Diikuti minit ke-30 dan kemudian minit ke-55

Dua gol pertama Morata melawan cakap pengadil dan menyatakan dia tidak melakukan apa apa kesalahan. Dan yang ketiga dia memang sedar hari itu adalah hari ofsaid paling teruk untuknya.

Paling tak boleh bla, pemain Sepanyol itu sepatutnya menjaringkan gol 18 kali pada tahun ini – tetapi 11 daripadanya kini dibatalkan sebagai offside.

Oleh kerana ofsaid tidak dikira sebagai shot, maka Morata secara tak langsung gagal melakukan sebarang percubaan dalam perlawanan ini.

Warganet meriah membincangkan prestasi tak diingini Morata itu.

Juventus tewas 0-2 di tangan Barcelona. Messi menambah satu lagi gol selepas gol pembukaan Dembele pada separuh masa pertama.

Messi menjaringkan gol kedua menerusi sepakan penalti pada masa kecederaan.

Baca yang lain