Ini Nama Bintang Dan Cahaya Yang Keluar Apabila Korang Gosok Mata

Setiap kali kita menggosok mata, maka kita akan terasa macam keluar cahaya cahaya dan bintang bintdang berkedipan bukan?

Ianya adalah satu keadaan di mana kita melihat cahaya dalam keadaan mata kita tertutup.

Sebenarnya, fenomena itu digelar phosphene. Perkataan phosphene berasal daripada perkataan Greek iaitu phos dan phianein.

Phos dalam bahasa Greek merujuk kepada cahaya, dan phainein adalah bermaksud menunjukkan.

Phosphenes ini adalah satu pergerakan dalam mata yang kota lihat, yang ada kaitan dengan optic neuritis.

Phosphenes boleh didorong secara langsung oleh rangsangan mekanikal, elektrik, atau magnet retina atau korteks visual serta dengan mengeluarkan secara rawak sel dalam sistem visual.

Phosphene juga berlaku ketika kita berada dalam keadaan gelap dan tanpa stimulasi secara visual.

Corak warna-warni dan menari-nari yang anda lihat itu adalah phosphene.

Phosphenes adalah sensasi visual yang terjadi ketika mata dalam keadaan berehat atau ditutup sehingga pandangan jadi gelap gelita.

Walaupun kita sedang menutup mata sekali pun, saraf sistem penglihatan kita tetap sibuk bekerja untuk menghantar isyarat ke otak kita.

Apa yang menarik, mata kita tidak hanya berfungsi ketika ada cahaya semata-mata. Ianya lebih daripada itu.

Corak phosphene yang kita tengok itu adalah kerana rangsangan visual pada retina yang masih lagi ada.

Selain daripada aktiviti menggosok mata, phosphenes juga wujud apabila kita bersin dengan kuat, ketawa kuat, batuk, ataupun saat kita semua bangkit berdiri dengan keadaan mengejut.

Tekanan fizik pada retina kemudian merangsang bahagian saraf mata hingga akhirnya menghasilkan phosphenes.

Frekuensi, durasi, dan jenis corak yang muncul semuanya dipengaruhi oleh bahagian neuron mana yang dirangsang pada waktu tersebut.

Selain itu, faktor fizik lain seperti tekanan darah rendah atau kurang oksigen juga boleh menyebabkan ada kilatan cahaya ketika korang pejamkan mata.

Sebab itu jika korang pitam, phosphene ini juga akan keluar.

Phosphene masih boleh korang lihat dalam keadaan terang. Di mana, ketika korang membuka mata, halakan ia ke satu kawasan tertentu, dan tengoklah korang bintang dan gelombang visual.

Itu serba sedikit tentang phosphene. Jangan pula korang sengaja menekan mata korang kerap sangat semata-mata nak layan phosphene. Itu bahaya pula.

Baca yang lain

TERKINI: Barca Kekal Kepimpinan Xavi

Xavi Hernandez akhirnya setuju untuk terus kekal di Barcelona. Semalam laporan Mundo Deportivo menyebut bahawa pengurus itu berjumpa dengan pengurusan tertinggi di