Aksi antara Atalanta dan Napoli menghasilkan satu lagi perbincangan tentang VAR. Di mana pemain Napoli dinafikan gol mereka kerana ofsaid.
Paling tak masuk akal, VAR mengesan pemain Napoli hanya beberapa milimeter ofsaid.
Gol pembukaan oleh Rrahmani pada minit ke-34 dibatalkan VAR. Kerana semakan VAR mendapati pemain itu sudah ofsaid ketika cuba menerima hantaran Raspadori.
Dalam gambar ini, anda abaikan jari tu, sebab tangan tak boleh ofsaid kerana tak boleh digunakan menjaringkan gol. Fokus kepada tumit pemain Napoli tu. Sangat sedikit.
Peminat bola sepak benar benar terkejut dengan perkara itu yang dianggap benar benar tak masuk akal. Bagaimana VAR boleh membatalkan gol seperti itu.
Seorang peminat berkata: “Ini VAR versi prom-max ni, bila kau bayar full package, ni dia kesan sampai ke bulu kaki.”
El INSÓLITO offside que le cobraron hoy a Napoli ante Atalanta.
Igualmente, fue triunfo 2-1 del equipo de Napoles de visitante.
▶️ ¿Qué opinás? pic.twitter.com/oI6x8oZfpf
— TNT Sports Argentina (@TNTSportsAR) November 25, 2023
Sebuah laman sukan menulis: “Anda bercakap tentang ‘fine margin?’ ini dia.”
Peminat Atalanta pastinya mempertahankan VAR kerana menurut mereka, peraturan tetap peraturan.
FIFA sebelum ini sudah mengeluarkan garis panduan agar VAR tidak terlalu digunakan seperti forensik dan mencadangkan agar garisa ofsaid VAR tidak terlalu nipis.
Napoli masih memenagi perlawanan itu dengan 2 gol menerusi Khvicha Kvaratskhelia – ya aku terpaksa google dan copy paste nama mamat ni. Bebudak spelling Bee pun boleh sangkut nak eja nama dia ni.
Satu lagi gol adalam menerusi Eliff Elmas. Sementara gol Atalanta adalah menerusi bintang utama mereka Ademola Lookman.
Ianya kemenangan ketujun buat juara bertahan Napoli pada musim ini. Yang menjarakkan diri 4 mata daripada Atalanta yang berada di tangga kelima.
Namun Napoli masih 7 mata di belakang pendahulu Inter Milan yang masih ada 1 perlawanan dalam tangan untuk dimainkan.