Ini Pejabat Amazon Pertama Jeff Bezos, Dan Hari Ini Beliau Adalah Manusia $200 Billion (RM833B) Pertama

Ketika kita semua pening memikirkan membayar bil dan juga rumah sewa pada waktu begini, Jeff Bezos pula memikirkan mana dia nak letak wang dia yang terlalu banyak.

Jeff Bezos adalah manusia terkaya di dunia pada ketika ini. Dan terbaru, beliau sah menjadi manusia pertama di dunia ini yang memiliki kekayaan bernilai $200 billion.

Betul, itu dua dengan 11 sifar di belakangnya. Kalau korang yang lemah titik perpuluhan tu, hati hati sikit, takut tersilap letak dekat mana.

Menurut laporan New York Post, Bezos mencapai kejayaan itu pada hari Rabu, 26 Ogos, ketika saham Amazon terus melonjak di tengah permintaan yang tinggi untuk membeli-belah dalam talian.

Untuk lebih spesifik, gelaran manusia $200 billion / RM833 billion yang baru miliknya itu muncul sebelum tengah hari Rabu lalu, ketika saham Amazon melonjak menjadi lebih dari $3,404 sesaham untuk pertama kalinya.

Bezos menjadi semakin kaya kerana harga saham terus meningkat, mengakhiri hari naik 2.85%, atau $ 95.36, sesaham.

Itu telah meletakkan setiap saham pada harga $3,441.85, dan Forbes melaporkan bahawa pada pukul 1.50 tengah hari pada hari Rabu, pengasas dan CEO Amazon bernilai total $204.6 billion.

Bezos duduk dengan selesa di tempat pertama sebagai manusia terkaya di dunia, dengan kekayaan bersihnya bernilai hampir $90 billion lebih banyak daripada orang terkaya kedua di dunia, Bill Gates, yang saat ini bernilai $116.1 billion.

Walaupun berdepan dengan inflasi, Forbes percaya kekayaan Bezos adalah yang terbesar yang pernah dikumpulkan oleh manusia.

Sementara seluruh dunia menghadapi ketidakpastian dan masalah ekonomi, Bezos mendapat banyak manfaat dari wabak yang melanda.

Semakin ramai orang beralih ke membeli-belah dalam talian, terus dari kediaman mereka.

Amazon menjadi pilihan utama, dan hasilnya mencatatkan stok hampir 80% sejak awal tahun ini.

Sukar untuk dipercayai, tetapi kekayaan bersih Bezos sekitar $115 billion pada 1 Januari, yang bermaksud dia memperoleh hampir $90 billion dalam masa kurang sembilan bulan.

Dan jangan lupa, dia akan menjadi lebih kaya sekiranya dia tidak bersetuju untuk memberikan 25% saham kepada mantan isterinya, MacKenzie Scott, dalam penyelesaian perceraian termahal dalam sejarah pada bulan Julai tahun lalu.

Alasan Bezos tak banyak songeh memberikan wang sebanyak itu kerana menurutnya MacKenzie manusia penting ketika dia membangunkan empayar pernigaannya.

Kira-kira 11% saham Bezos di Amazon menghasilkan lebih dari 90% kekayaannya, tetapi dia juga turut membawa wang dari Washington Post, syarikat aeroangkasa Blue Origin dan pelaburan swasta lain.

Dan inilah dia rupa office pertama Jeff Bezos ketika beliau mulai menubuhkan Amazon  dahulu.

Seorang lelaki ukur nisbah kekayaan Bezos dengan beras

Pada Mac lalu, Seorang lelaki yang tak ada kerja lain nak buat telah cuba menerangkan kekayaan Jeff Bezos dengan nisbah beras.

Di mana, sebutir beras mewakili $100,000.00. Dan dia membandingkan kekayaaan itu dengan Jeff Bezos.

Jeff Bezos merupakan manusia terkaya di dunia. Dan pada ketika itu Jeff Bezos memiliki kekayaan sekitar $122 billion / RM488 billion.

Hasil daripada usaha pemuda ini yang mahu membandingkan sebutir beras ibarat setitis peluh petani bersamaan dengan $100,000 dengan kekayaan Jeff Bezos membuatkan dia hanya mampu berkata, OMG!

Jom saksikan perbandingan di sini:

 

Siapakah Jeff Bezos?

Jeffrey Preston Bezos lahir pada 12 Januari 1964. Beliau adalah usahawan yang terkaya di dunia pada sejarah manusia era moden.

Beliau adalah penubuh, Pengerusi, CEO, Presiden, dan pemilik saham terbesar dalam Amazon.com.

Jeff Bezos merupakan billionaire  lulusan Universitas Princeton. Dan Bezos pernah menjadi anggota Phi Beta Kappa, bekerja sebagai penganalisis kewangan untuk D. E. Shaw & Co.

Beluau kemudian mendirikan Amazon pada tahun 1994. Bezos pernah dinobatkan sebagai Person of the Year oleh majalah TIME.

Tahun lalu, beliau menghadiahkan teman wanitanya rumah agam paling mahal di Los Angeles dengan harga $165 juta.

Dan ianya kurang 10% daripada harta kekayaannya. Tak luak pun.

Sebelum membeli rumah tersebut untuk marka dia, Jeff Bezos baru sahaja membeli rumah pada Januari lalu di New York. Di mana dia membeli apartment bernilai $80 juta.

Memang sukar nak membayangkan betapa kayanya Jeff Bezos di planet ini. Cukai beliau dekat Amazon sahaja tahun 2018 dilaporkan bernilai USD162 juta hasil daripada keuntungan $13.3 billion.

Dan pada akhir Ogos 2020, Jeff Bezos dinobat sebagai manusia pertama memiliki kekayaan

Jadi kepada sesiapa yang rasanya ada pertalian persaudaraan ataupun kawan lama dengan Jeff Bezos bolehlah menghubungi beliau bertanyakan khabar.

Mana la tau kan.