Ini Pejabat Amazon Pertama Jeff Bezos Sebelum Menjadi Manusia $200 Billion (RM833B) Pertama

Ketika kita semua pening memikirkan membayar bil dan juga rumah sewa pada waktu begini, Jeff Bezos pula memikirkan mana dia nak letak wang dia yang terlalu banyak.

Jeff Bezos adalah manusia terkaya di dunia pada ketika ini. Dan tahun lalu beliau sah menjadi manusia pertama di dunia ini yang memiliki kekayaan bernilai $200 billion.

Betul, itu dua dengan 11 sifar di belakangnya. Kalau korang yang lemah titik perpuluhan macam yb tertentu itu, hati hati sikit, takut tersilap letak dekat mana.

Menurut laporan New York Post, Bezos mencapai kejayaan luar biasa itu pada 26 Ogos, ketika saham Amazon terus melonjak di tengah permintaan yang tinggi untuk membeli-belah dalam talian.

Untuk lebih spesifik, gelaran manusia $200 billion / RM833 billion yang baru miliknya itu muncul sebelum tengah hari Rabu lalu, ketika saham Amazon melonjak menjadi lebih dari $3,404 sesaham untuk pertama kalinya.

Bezos menjadi semakin kaya kerana harga saham terus meningkat, mengakhiri hari naik 2.85%, atau $ 95.36, sesaham.

Itu telah meletakkan setiap saham pada harga $3,441.85 pada ketika itu, dan tidak lama selepas itu Forbes melaporkan, pengasas dan CEO Amazon memiliki harta kekayaan bernilai total $204.6 billion.

Bezos duduk dengan selesa di tempat pertama sebagai manusia terkaya di dunia, dengan kekayaan bersihnya bernilai hampir $90 billion lebih banyak daripada orang terkaya kedua di dunia, Bill Gates, yang saat ini bernilai $116.1 billion.

Walaupun berdepan dengan inflasi, Forbes percaya kekayaan Bezos adalah yang terbesar yang pernah dikumpulkan oleh manusia.

Sementara seluruh dunia menghadapi ketidakpastian dan masalah ekonomi, Bezos mendapat banyak manfaat dari wabak yang melanda.

Semakin ramai orang beralih ke membeli-belah dalam talian, terus dari kediaman mereka. Amazon menjadi pilihan utama, dan hasilnya mencatatkan stok hampir 80% sejak awal tahun ini.

Sukar untuk dipercayai, tetapi kekayaan bersih Bezos sekitar $115 billion pada 1 Januari  2020, yang bermaksud dia memperoleh hampir $90 billion dalam masa kurang sembilan bulan.

Dan jangan lupa, dia akan menjadi lebih kaya sekiranya dia tidak bersetuju untuk memberikan 25% saham kepada mantan isterinya, MacKenzie Scott, dalam penyelesaian perceraian termahal dalam sejarah pada bulan Julai tahun lalu.

Alasan Bezos tak banyak songeh memberikan wang sebanyak itu kerana menurutnya MacKenzie manusia penting ketika dia membangunkan empayar pernigaannya.

Kira-kira 11% saham Bezos di Amazon menghasilkan lebih dari 90% kekayaannya, tetapi dia juga turut membawa wang dari Washington Post, syarikat aeroangkasa Blue Origin dan pelaburan swasta lain.

Dan inilah dia rupa office pertama Jeff Bezos ketika beliau mulai menubuhkan Amazon  dahulu dari garaj miliknya. Dengan banner murah digantung pada tepi pejabat beliau.

Memacu Amazon

27 tahun selepas memulakan Amazon dari garajnya, Amazon kini menjadi syarikat paling berharga di dunia. Dan Bezos memutuskan untuk meletak jawatan sebagai CEO.

Sebelum menjadi bos Amazon, Bezos menjual buku. Di mana dia telah menjual buku secara atas talian pada 1994. Tiga tahun selepas itu syarikat tersebut berjaya menyediakan senarai 2.5 juta buku daripada pelbagai genre dan menghasilkan $148 juta.

Pada 1996, Bezos memberitahu Forbes, “Amazon.com tidak wujud dalam dunia fizikal. Mana ada metropolitan di dunia ini yang boleh menyimpan jutaan judul buku dalam satu gedung.”

Bezos meluaskan lagi Amazon dengan menjual barangan lain termasuk CD, DVD, pakaian, mainan dan keperluan pejabat. Dan dia mulai menanam impian lebih besar. Daripada tagline “Earth’s Biggest Bookstore” kepada “Earth’s Biggest Selection.”

Mengalu alukan penjual dari pihak ketiga

Pada 1999, Amazon mulai menjemput peniaga dari pihak ketiga untuk menyenaraikan barangan jualan mereka di dalam laman rasmi mereka dan secara tak langsung turut bersaing dengan produk produk Amazon sendiri.

Peniaga ini kebanyakan mereka memiliki perniagaan sederhana dan kecil. Merekalah yang menjadi tunjang kepada empayar Amazon. Dan hari ini menyumbang kepada 60% keuntungan kepada Amzon. Dua kali ganda berbanding sedekad lalu.

Menjadikan penghantaran pantas sebagai norma baharu

Bezos memperkenalkan program kesetian pada 2005 yang dipanggil Amazon Prime. Di mana pelanggan setia membayar $79 untuk mendapatkan kelebihan di mana barang mereka akan diterima dalam masa 48 jam daripada tarikh pesanan.

Ia telah mengubah wajah industri penjualan atas talian dan penghantaran barangan. Di mana semakin ramai pelanggan dan pengguna lebih selesa membeli atas talian kerana tempoh penghantarannya yang semakin singkat.

Ia juga membuatkan para pesaing Amazon selepas itu cuba menyaingi dan mengamalkan polisi penghantaran pantas.

Amazon menambah pusat khidmat pelanggan mereka dan menubuhkan sendiri pengangkutan milik mereka iaitu ShipMatrix yang menjadi penghantar 2 daripada 3 pakej Amazon sendiri. Pada 2019, Bezos mulai mengidamkan untuk mempercepatkan lagi penghantaran kepada 1 hari.

Pada 2006, Amazon mewujudkan perkhidmatan cloud bernama Amazon Web Service. Ianya segera menarik pelanggan dari NASA sehinggalah ke Netflix. Amazon Web Service mulai menjadi lubuk duit yang utama untuk Amazon. Di mana mereka mendapat $35 billion daripadanya pada 2019.

Bezos kemudian menubuhkan kedai fizikal Amazon pada 2017 dan membeli Whole Foods dengan nilai $13.4 billion. Sejak mengambil alih Whole Foods, mereka berjaya mengurangkan harga beratus ratus jenis produk terutama sekali untuk ahli Amazon. Para ahli ini juga menikmati pelbagai perkhidmatan khas termasuk penghantaran percuma untuk barangan dapur.

Bezos pertama kali muncul dalam senarai manusia terkaya dalam senarai Forbes pada 1998 sebagai 400 teratas – Bezos di ranking ke 102 – dengan nilai kekayaan $1.6 billion.

Dua dekad kemudian, pada 2017, Bezos mengambil alih gelaran manusia terkaya di dunia menewaskan Bill Gates untuk pertama kalinya. Di mana kekayaannya tahun tahun tersebut juga lebih $100 billion.

Pada hari ini Bezos menjadi manusia terkaya di dunia dengan kekayaan bersih  $196 billion, walaupun seringkali pintas memintas dengan Elon Musk beberapa minggu ini.  Angka itu Bezos masih capai walaupun memutuskan untuk memberikan suku daripada kekayaannya kepada bekas isterinya, MacKenzie.

Seperti dinyatakan dalam perenggan di atas nun, pada Ogios 2020, Bezos menjadi manusia pertama memiliki kekayaan lebih $200 billion.

Berundur dari jawatan CEO

PAda 2021, Jeff Bezos mengumumkan bahawa beliau akan mengundurkan diri dari peranannya sebagai CEO pada tahun ini dan menjadi ketua eksekutif.

Perkara itu disahkan sendiri oleh syarikat pada hari Selasa. Kedudukan CEO akan diisi oleh Andy Jassy, ​​CEO anak syarikat bahagian perniagaan atas talian, Amazon Web Service.

Bezos telah menjadi CEO Amazon sejak 1995, ketika syarikat itu masih menjual buku dan kini menjadi platform runcit dan logistik bernilai berbillion billion.

 

“Perjalanan ini dimulakan sekitar 27 tahun yang lalu. Amazon pada mulanya hanyalah sebuah idea, dan itu tidak memiliki nama,” tulis Bezos kepada para pekerjanya.

“Soalan yang sering saya ajukan pada waktu itu, ‘apa itu internet?’ … Hari ini, kita menggunakan 1.3 juta bakat, orang yang berdedikasi, melayani ratusan juta pengguna dan perniagaan, dan diakui secara meluas sebagai salah satu syarikat yang paling berjaya di dunia,” tambah beliau lagi

Bezos mengatakan keputusannya untuk meletak jawatan sebagai CEO akan memberinya banyak masa untuk mengerjakan projek lain. Dia mengatakan bahawa dia berkhidmat pada “produk dan inisiatif baru” semasa berkhidmat sebagai ketua eksekutif.

“Menjadi CEO Amazon adalah tanggungjawab yang mendalam, dan memerlukan banyak masa. Apabila anda mempunyai tanggungjawab seperti itu, sukar untuk melihat perkara lain.”

Bezos mengatakan bahawa beliau akan menumpukan perhatiannya kepada pada Day 1 Fund, Bezos Earth Fund, Blue Origin dan The Washington Post.

Bezos juga menyatakan bahawa perletakan jawatannya sebagai CEO bukanlah tanda persaraan beliau daripada Amazon.

Bezos  juga menzahirkan keyakinannya kepada Jassy. Dan percaya beliau akan menjadi pemimpin luar biasa sebagai penggantinya. Jassy telah bersama Amazon sejak 1997, ketika ini dia menerajui Amazon Web Service yang merupakan penyedia cloud terbesar dan mesin tunai Amazon.

Baca yang lain