Ini Penjelasan Amorim Kenapa Man United Tak Beli Lebih Ramai Pemain Januari Lalu

Ruben Amorim menjelaskan bahawa dia sendiri yang memutuskan untuk tidak membeli lebih ramai pemain baharu pada Januari lalu.

Amorim hanya mendapatkan Patrick Dorgu sebagai pemain senior. Selebihnya kelab menandatangani pemain akademi.

Amorim  berkata, dia mengangap kerosakan oleh pengurus sebelum ini dalam jendela perpindahan memberikan kesan yang kuat kepada kelab.

Amorim akui ianya agak berisiko untuk pengurus yang tidak membeli pemain baharu pada jendela Januari, setelah pengurus itu mengambil alih ketika pertengahan musim.

Dan dia mahu memastikan tidak akan membuat kesilapan yang sama dengan menambah lagi pemain baharu, sedangkan ada ramai pemain yang mereka ada sekarang ini.

“Ianya keputusan dari saya untuk tidak menandatangani lebih ramai pemain pada Januari.

“Sekarang ini kita sangat berhati hati dengan perpindahan pemain. Kerana kami membuat kesilapan yang banyak di masa lalu.

“Menukar segalanya ketika pertengahan musim tanpa pembelian baharu adalah berisiko untuk jurulatih. Namun saya ambil risiko ini, kerana di penghujungnya ianya akan berbaloi.”

Amorim juga memberikan pendedahan bahawa dia memiliki kuasa untuk menentukan siapa pemain yang mahu dibeli oleh kelab.

Amorim kemudian menambah: “Untuk setiap pemain yang datang ke dalam pasukan ini, saya akan memberikan kata putus untuknya.

“Ianya adalah jelas pada awal. Kita cuba mencari pemain yang tepat dengan kesesuaian fizikal dalam liga ini. Pemain muda dan pemain yang laparkan kejayaan.”