Ini Penjelasan Kenapa Marc Cucurella Tak Handball Dan Jerman Tak Dapat Penalti

Dale Johnson memberikan penjelasan tentang kenapa pengadil tidak memberikan penalti kepada Jerman kerana bola terkena tangan Marc Cucurella.

Jerman memiliki peluang terbaik untuk mara ke separuh akhir jika mereka diberikan penalti pada masa itu.

Kedua dua pasukan terlibat dalam pertembungan klasik Euro. Di mana Sepanyol terlebih dahulu di hadapan menerusi gol oleh Dani Olmo minit ke-51.

Florian Wirtz menyamakan kedudukan lewat perlawanan pada minit ke-89.

Kemudian pada masa ekstra, Mikel Merino memastikan Sepanyol mara ke separuh akhir dengan jaringan cantiknya.

Tetapi peminat Jerman mulai mempersoalkan tindakan pengadil yang tidak memberikan penalti kepada Jerman sebelum itu.

Reputasi pengadil Inggeris terus menjadi kritikan peminat bola sepak. Dianggap lemah dan membuat keputusan tidak tepat.

Tetapi Dale Johnson pula menegaskan bahawa pengadil melakukan pengadilan dan bertindak mengikut garis panduan oleh UEFA tentan peraturan handball.

Menurut wartawan tersebut, sebelum kejohanan Euro bermula lagi, pemgadil pengadil telah diberikan taklimat bahawa untuk situasi seperti itu, tidak sepatutnya diberikan handball.

Perlawanan terikat 1-1 ketika insiden tersebut berlaku pada separuh pertama masa ekstra. Musiala telah merembat bola yang terkena tangan Cucurella.

Pengadil Inggeris, Anthony Taylor dan pegawai VAR Stuart Attwell tidak memberikan penalti kepada Jerman,

Dale Johnson berkata, pengadil dari England itu membuat tindakan yang betul untuk tidak memberikan penalti berdasarkan intepretasi baharu UEFA berkenaan peraturan handball.

Dele Johnson menjelaskan: “Taklimat sebelum pertandingan Euro oleh UEFA. Mereka memberikan contoh spesifik seperti mana situasi Marc Cucurella dalam perlawanan ini. Situasi ini tidak boleh diberikan penalti kerana handball.

“Kedudukan lengan pemain dekat dengan badan, tangan secara dominan mengarah ke bawah, atau vertikal, seterusnya kedudukan tangan di belakang badan.

Dale Johnson kemudian memberikan penjelasan tentang kenapa pemain Denmark Joachim Anderson dihukum kerana handball pada situasi yang dianggap sama – ketika Denmark kalah 2-0 di tangan Jerman.

Johnson berkata: “UEFA menganggap kedudukan lengan pemain Denmark itu pada kedudukan tidak wajar [unnatural] dan mewujudkan halangan kepada bola. Saya faham peminat akan menganggap kedua-dua keputusan itu adalah tidak tepat. Tetapi ia bukan mengikut tafsiran yang dimaksudkan.”