Ini Peraturan La Liga Digunakan Barca Sign Braithwaite Di Luar Jendela Perpindahan

Sebentar tadi, kelab Catalan, Barcelona telah mengumumkan bahawa mereka sah mendapatkan Martin Braithwaite dari Leganes dengan yuran perpindahan €18 juta.

Martin Braithwaite, pemain berusia 28 tahun itu setuju dengan kontrak dengan Barcelona sehingga 2024.

Beliau juga setuju dengan klausa pelepasan €300 juta.

Adakah sekarang jendela perpindahan dibuka?

Jawapannya tak! Jendela perpindahan sudah ditutup di Eropah.

Namun kenapa Barcelona boleh menandatangani pemain ini?

Sebenarnya, kita mulakan terlebih dahlu kenapa Barcelona nak sign pemain.

Dia macam ni. Barcelona mendapatkan Martin Braithwaite kerana Ousmane Dembele cedera. Dan mereka mahu menggantikan Ousmane Dembele dengan Martin Braithwaite.

Eh kenapa pula? Maksudnya boleh la ganti Suarez sekali.

Tak! Kerana Suarez tidak ada sokongan daripada doktor menyatakan beliau akan berehat panjang kerana kecederaan lebih daripada lima bulan.

Dalam kes ini, Ousmane Dembele pula sah cedera dan rehat lebih 6 bulan. Barcelona sudah menghantar surat sokongan dan La Liga menerima surat itu.

Jadi, bagaimana Barcelona boleh mendapatkan pemain baru atas alasan pemain mereka cedera? Sedangkan ramai je pemain lain cedera kan, tetapi tak ada pula terus diganti.

Dia macam ni bang:

Ada satu peraturan di dalam La Liga menyatakan bahawa, jika sesebuah kelab itu mampu memberikan bukti laporan perubahan bahawa ada pemain mereka sah cedera lebih daripada 5 bulan; maka mereka dibenarkan menandatangani pemain dalam masa 15 hari.

Namun pemain yang mereka beli itu haruslah daripada pasukan di Sepanyol.

Barcelona sudah diberikan kelulusan itu, kerana telah mengemukakan bukti bahawa, Ousmane Dembele akan tersisih kerana kecederaan, lebih 6 bulan.

Barcelona sudah menghubungi beberapa pasukan untuk mendapatkan pemain lain. Namun sukar untuk mendapatkan pemain waktu ini, lebih lebih lagi di Sepanyol ada sesetengah pemain tiada klausa pelepasan, dan ada yang klausa pelepasan terlalu tinggi.

Jadi, pusing pusing pusing, Barcelona mendapat tahu Martin Braithwaite cuma ada klausa pelepasan £15 juta sahaja ataupun EUR18 Juta.

Leganes tidak boleh menghalang pemain itu walaupun mereka sangat perlukan pemain tersebut bagi bertarung untuk terus kekal di dalam La Liga.

Bagaimana dengan Leganes?

Leganes sudah memohon kebenaran khas untuk mendapatkan pemain menggantikan Martin Braithwaite. Namun permohonan itu ditolak, kerana sekarang ini jendela perpindahan sudah ditutup rapat.

Tiada pemain mereka yang cedera lebih lima bulan.

Kesimpulan

Peraturan ini dilihat agak berat sebelah, kerana pasukan seperti Leganes boleh hilang pemain pada luar waktu jendela perpindahan.

Pasukan seperti Barcelona memiliki pasukan B yang baik. Mungkin La Liga harus mempertimbangkan untuk membenarkan pertukaran antara pemain melibatkan Barcelona dengan Leganes. Kalau tak dapat bagi pemain senior, bagi pemain muda La Masia pun ok kan?

Tetapi mungkinkah peraturan ini akan dipakai di liga lain selepas ini, terutama sekali EPL yang selalunya tak nak kalah benda macam ni.

Di EPL, ada peraturan seperti ini melibatkan penjaga gol. Di mana, setiap pasukan boleh mendapatkan penjaga gol atas kes kecemasan pada bila bila masa.

Jadi, macamana? Apa pandangan korang tentang peraturan ini?