Ini Pujian Klopp Kepada Winger Napoli Yang Sedang Menggegar Eropah Ini

Jurgen Klopp mengakui Liverpool mempunyai rancangan untuk berhadapan dengan Khvicha Kvaratskhelia dalam kemenangan malam Selasa ke atas Napoli.

Klopp memuji persembahan Trent Alexander-Arnold menentang pemain sayap itu.

Pemain berusia 21 tahun itu berada dalam prestasi sensasi sejak menyertai Itali musim panas ini, dengan catatan lapan gol dan 10 bantuan gol daripada 16 penampilan pertamanya.

Dan pemain antarabangsa Georgia itu tidak dapat menambah jumlah golnya di Anfield, dia bergelut untuk mencipta peluang gol walaupun pemain itu tetap menunjukkan beberapa aksi memukau.

Dan sementara Klopp mengakui Kvaratskhelia dapat melepasi Alexander-Arnold pada satu atau dua kali. Tetapi secara keseluruhan bek sisi Liverpool itu bermain baik berbanding dengan beberapa aksi lemaunya ketika bertahan musim ini.

Klopp berkata:

“Dia (Kvaratskhelia) adalah pemain yang bagus, kedua-duanya adalah pemain yang bagus,” katanya.

“Ia adalah sesuatu yang sangat sukar. Saya tahu orang akan bercakap tentang satu atau dua situasi dengan Trent apabila dia cuba untuk berada di hadapannya dan bola melepasinya.”

“Dia memang baik, budak itu memang bagus. Sungguh pantas, kami perlu bertahan menghadapinya dengan baik bersama-sama pada saat-saat ini. Apabila dia mempunyai kelebihan saat pertama, maka dia sudah tiada.

“Anda perlu cuba berada di sana pada saat bola tiba. Jika anda tidak boleh berbuat demikian, anda perlu dilindungi kerana dia mempunyai kelajuan.”

“Dia licik, dia boleh masuk ke dalam, dia pergi ke luar, itu selalu menyukarkannya. Pemain yang bagus.”

“Trent bermain permainan yang sangat bagus menentangnya.”

“Dia benar benar bagus, dan tidak kecewa dengan satu atau dua situasi di mana dia adalah yang kedua terbaik. Kekal dalam permainan.”

“Saya juga suka permainan Trent malam ini.”

ARTIKEL BERKAITAN: Kvicha Kvaratskhelia: Dibeli £9 Juta Dari Kelab Tak Ternama, Kini Menjadi Antara ‘Top Performer’ Di Eropah

&
Kvicha Kvaratskhelia kini semakin menarik perhatian ramai. Pemain Napoli itu sebenarnya tidak dikenali sebelum ini. Dia hanya dibeli dengan harga £9 juta daripada Dinamo Batumi pada musim panas yang lalin.

Kvicha Kvaratskhelia menjadi pemain yang menyusahkan Liverpool di dalam aksi UCL di San Paolo. Dan meneruskan lagi kecemerlangannya musim ini di peringkat domestik serta eropah.

Terbaru, dia memberikan aksi memukau ketika berdepan Ajax dalam saingan UCL. Di mana Napoli terus menjadi pasukan yang sangat produktif dalam UCL. Napoli menang 4-2 ke atas Ajax.

Kvicha Kvaratskhelia yang baru berusia 21 tahun itu kelihatan seperti pembelian pada harga lelong terbaik pada musim panas lalu.

Kvaratskhelia telah mendapat jolokan ‘Kvaradona’ di Naples, sebagai penghormatan kepada mendiang Diego Maradona.

Gaya permaiannya yang lincah dan laju membuatkan sangat sukar untuk pertahanan mengawalnya.

Hirving Lozano memberikan Napoli pendahuluan dalam masa empat minit. Selepas itu, Kvaratskhelia mencuri perhatian semua dengan persembahan luar biasanya.

Dia menjadi pencipta peluang gol kepada Giacomo Raspadori selepas ‘menari nari’ di garisan tepi, melepasi beberapa pemain pertahanan Ajax.

Pemain antarabangsa Georgia itu melepaskan bola untuk Raspadori, yang melepaskan rembatan jahat melepasi Remko Pasveer untuk menggandakan pendahuluan pasukan tuan rumah.

Kvaratskhelia mempunyai kemahiran yang luar biasa dan gaya larian yang banyak menggunakan shoulder feint seperti yang kerap digunakan Messi.

Sepanjang perlawanan dia telah membuatkan Calvin Bassey dalam kesusahan sepanjang malam.

Hanya melepasi tanda sejam, selepas Ajax mengurangkan separuh defisit melalui Davey Klaassen, Napoli memenangi penalti selepas bola terkena tangan Jurien Timber.

Kvaratskhelia melangkah dan melakukan sepakan penalti ke penjuru kiri atas yang tidak mungkin dapat diselamatkan mana mana penjaga gol.

Gol itu adalah gol kedua beliau dalam UCL dan ketujuh secara keseluruhan dalam semua pertandingan musim ini.

Kvaratskhelia digantikan oleh Elif Elmas ketika berbaki 15 minit, menerima tepukan gemuruh daripada penonton Stadio Diego Armando Maradona ketika dia menuju ke tempat duduk di bangku simpanan.

Peminat telah memberikan komen mereka di media sosial berkenaan dengan persembahan Kvaratskhelia dan mereka fikir dia boleh menjadi perkara besar seterusnya.

Seorang berkata: “Alangkah hebatnya pembelian budak ini untuk Napoli.”Seorang lagi mengulas: “Pemain ini sudah sangat bagus sehingga dia kini menjadi sangat menakutkan.”

Yang ketiga memuat tweet: “Kvaratskhelia membuatkan bola sepak menjadi indah sekali lagi.”

Ramai yang menjangkakan bahawa Kvicha Kvaratskhelia akan menjadi buruan kelab kelab besar selepas ini. Napoli boleh berkira kira untuk meletakkan tanda harga yang luar biasa untuk pemain tersebut.

Mungkinkah Napoli akan menerima EUR100 juta pertama daripada penjualan seorang pemain selepas ini?

Dia telah menunjukkan cara paling berkesan menjadi wide playmaker.

Ajax turut mendapat sepakan penaltiyang dijaringkan oleh Steven Bergwijn untuk menjadikannya tujuh minit terakhir yang mencemaskan buat Napoli.

Bagaimanapun, kesilapan daripada Daley Blind membolehkan Victor Osimhen menjaringkan gol dari jarak dekat dan memastikan ketiga-tiga mata dan laluan ke pusingan 16 terakhir untuk pasukan Luciano Spalletti.

Mereka kini menduduki tangga teratas Kumpulan A, dengan Liverpool di tempat kedua selepas menghancurkan Rangers 7-1.

 

Baca yang lain

Penyokong Sociedad Ejek Greenwood

Mason Greenwood sekali lagi menjadi serangan lisan berbaur hinaan ke atasnya. Penyokong pelawat, penyokong Real Sociedad telah berkali kali melaungkan Greenwood pergi