Ini Punca Nunez Mengamuk Dan Bertumbuk Dengan Penyokong

Darwin Nunez dilaporkan telah bertumbuk dengan penyokong Colombia selepas tindakan penyokong tersebut yang menyerang keluarga para pemain Uruguay termasuk isteri dan anak Nunez.

Insiden itu berlaku selepas tamat aksi separuh akhir antara Colombia dan Uruguay dalam Copa America yang berlangsung sebentar tadi.

Colombia menang tipis 1-0 untuk menempah aksi final menentang Argentina.

Selepas wisel penamat dibunyikan penyokong Colombia dan penyokong Uruguay bertengkar di tempat duduk penyokong. Kemudian penyokong Colombia dilaporkan telah membaling objek ke arah pemain Uruguay.

Insiden menjadi semakin panas apabila penyokong Colombia telah mengasari keluarga pemain. Marah dengan tindakan penyokong tersebut, Nunez telah bertindak pergi ke tempat duduk penyokong dan berkonfrontasi dengan mereka.

Media mengesahkan sebab Nunez pergi ke tempat duduk penyokong kerana risau dengan keselamatan keluarganya dan keluarga pemain  Uruguay yang lain.

Nunez malah cuba melepaskan tumbukan ke arah penyokong lawan namun tak kena. Selain Nunez, Ronald Araujo turut dilihat cuba bersemuka sendiri secara face to face dengan penyokong Colombia demi melindungi keluarga mereka.

Darwin Nunez dilaporkan bertindak agresif selepas ada penyokong Colombia yang menumbuk mukanya.

Nunez kemudian mengambil anaknya dan membawa isterinya ke tempat lebih selamat. Dia jelas sekali sanggup melakukan apa sahaja untuk melindungi keluarganya.

Rata rata peminat bola sepak memberikan sokongan kepada Darwin Nunez yang dianggap hanya bertindak sebagai lelaki, ayah dan suami yang cuba melindungi keluarganya.