Ini Ramalan Khabib Tentang Pertarungan Conor McGregor vs Justin Gaethje

Khabib Nurmagomedov diminta untuk memberikan komen beliau tentang pertarungan di antara musuh utamanya Conor McGregor menentang Justin Gaethje yang akan datang.

Ternyata Khabib Nurmagomedov menganggap pertarungan itu bakal sengit.

Khabib Nurmagomedov kini dalam fasa persiapan terakhir untuk pertarungan UFC249 berhadapan dengan Tony Ferguson.

Manakala McGregor akan berhadapan dengan Gaethje selepas kemenangan ke atas Donald Cerrone pada Januari.

Walaupun beliau tidak sukakan Conor McGregor, namun Khabib Nurmagomedov tetap menganggap Conor McGregor akan menjadi pesaing yang hebat.

“Justin Gaethje dan Conor, soalan yang sukar,” kata petarung dari Dagestan yang tidak terkalahkan itu.

“Pendapat saya, saya mahu Justin Gaethje menang, tetapi saya fikir ia akan menjadi 50/50. Saya fikir, dan korang pun fikir benda sama kan? pertarungan ini adalah 50/50.”

“Bagi saya pertarungan ini akan menjadi hebat kerana  Justin pada tahap yang terbaik, Conor juga pada tahap yang mengagumkan, dan saya fikir ia akan menjadi 50/50.”

“Justin Gaethje adalah salah seorang petarung yang lightweight yang sedang berada di prestasi kemuncak.”

“Sesiapa sahaja yang berada di kemuncak akan menjadi lawan yang sukar.”

“Anda perlu mempercayai ini, anda perlu mempercayai anda boleh menjadi juara pada suatu hari nanti.”

“Jika tidak, kenapa anda berlatih, saya menghormati apa yang difikirkannya, saya menghormati apa yang dia mahu menunjukkan kemahirannya, dan dia mahu untuk mencabar dirinya sendiri. Anda perlu lakukan perkara itu.”

McGregor menyatakan keyakinannya untuk mengalahkan Gaethje dan kemudian mahukan pertarungan ulangan dengan Khabib Nurmagomedov selepas ini.

Namun Gaethje menganggap McGregor terlalu yakin. Dan mengingatkan bahawa, dia akan mampu mengalahkan McGregor.

Khabib Nurmagomedov sudah beberapa kali menolak rematch dengan Conor McGregor kerana merasakan rematch yang dicadangkan tersebut lebih kepada untuk meraih wang.

Khabib Nurmagomedov masih berpegang kepada semangat kesukanan, di mana petarung yang berhak untuk merampas bengkung kejuaraan diberikan peluang terlebih dahulu, bukannya terus potong barisan.

Khabib Nurmagomedov dijangka akan diberikan saingan sengit yang sebenar selepas ini, ketika bertemu Tony Ferguson.

Ini kerana kedua duanya dalam prestasi kemuncak. Khabib Nurmagomedov sudah tak kalah selepas 28 pertarungan.

Manakala Tony Ferguson pula sudah menang 12 pertarungan berturut – turut.

Sidang media sebelum ini juga menjadi panas apabila Khabib Nurmagomedov mahu ‘memakan’ El Cucuy di pentas.

Ianya menghangatkan lagi pertarungan yang bakal berlangsung pada 18 April yang akan datang.

Jurulatih Khabib Nurmagomedov sendiri merasakan Tony Ferguson adalah petarung terbaik yang boleh mengalahkan Khabib Nurmagomedov.

Jadi, mereka membuat persiapan yang sangat rapi pada kali ini.

Siapakah yang bakal menang? Khabib Nurmagomedov ataupun Tony Ferguson? Pertarungan yang dianggap paling menarik perhatian dalam sejarah UFC dan tidak ada dakwa dakwi lagi, pertarungan UFC yang terbesar untuk tahun 2020.

 

Baca yang lain

Real Madrid Pantau Trent Alexander Arnold

Fabrizio Ronano melaporkan bahawa Real Madrid memantau secara dekat perkembangan kontrak Trent Alexander Arnold kerana kelab itu berminat mahu mendapatkannya. Kontrak semasa

Buffon Mahu Saiz Tiang Gol Ditambah

Bekas pemain Juventus dan Itali yang berstatus legenda dunia, Gianluigi Buffon pernah menyatakan pandangannya agar saiz tiang gol yang ada ditambah lagi.