Ini Reaksi Ole Apabila Daniel James Tak ‘Square’ Bola Kat Bruno Fernandes

Manchester United menang bergaya ke atas Man City dalam aksi Liga Perdana Inggeris pada Ahad lalu. Sekaligus memerahkan bandar Manchester sekali lagi.

Red Devils menang 2-0, dalam derbi Manchester. Dua gol United adalah menerusi Anthony Martial dan juga Scott McTominay, masing – masing satu gol di setiap babak.

Gol pertama adalah menerusi satu sungkitan yang sangat licik oleh Bruno Fernandes kepada Anthony Martial.

Sementara itu, gol kedua pula, menerusi satu gol yang sangat cantik daripada Scott McTominay yang menyambut kesilapan Ederson yang terbaling bola tepat kepadanya.

Ole geram dengan Dan James

Daniel James menjadi nama yang agak panas dibincangkan oleh peminat Man United.

Beliau sangat bagus dari segi larian dan fizikal menewaskan pemain lawan. Namun kerapkali membuat keputusan lemah apabila tiba di fasa akhir, di zon serangan.

Antara detik yang paling menghampakan adalah ketika Daniel James tidak melakukan square pass ke Bruno Fernandes yang sudah menunggu di dalam kotak penalti.

Ketika itu Man United mendahului hanya dengan satu gol.

Jika korang geram dengan Daniel James, maka korang tidak bersendirian, kerana Ole Gunnar Solskjaer pun turut kegeraman dengan keadaan itu.

Daniel James menerima bola daripada bawah. Dan beliau berlari sepenuh jiwa raganya seperti Forest Gump.

Namun Daniel James agak terlalu lama menyimpan bola ketika tiba di kotak penalti dan membuatkan ruang beliau agak tertutup. James memutuskan untuk melakukan rembatan terus.

Keadaan itu memang agak mengecewakan. Kerana United hanya memiliki kelebihan satu gol pada ketika itu.

Dan ini adalah reaksi Ole:

https://twitter.com/i/status/1237097910300479490

Tepuk meja bos dibuatnya. Mana taknya, peluang terbaik nak dapat gol tu.

Secara keseluruhannya, Daniel James bermain baik ketika bertahan. Beliau banyak melakukan track back dengan kepantasan yang ada padanya.

Namun ketika serangan, beliau memiliki kemampuan yang bagus dalam menewaskan pertahanan secara bersemuka, take ons. Namun keputusan akhir / decision making beliau masih perlu diperbaiki.

Apa seterusnya?

Manchester United akan berhadapan dengan LASK dalam aksi Liga Europa League. Ini diikuti aksi berhadapan dengan Tottenham Hotspur pada aksi Liga Perdana Inggeris pada Isnin.

Ole akan bertemu dengan pengurus yang digantikan beliau sebagai penguru di Old Trafford iaitu Jose Mourinho.

Kemenangan ke atas Man City diharap akan memberikan tonik tambahan kepada United untuk terus cemerlang pada baki saingan musim ini.

Manchester United masih mengejar slot Liga Juara Juara Eropah pada musim hadapan.

Pada masa yang sama mereka pastinya sedar, Liga Europa adalah satu satunya peluang mereka untuk menjulang piala. Dan jika ia berlaku, Man United akan tetap mara ke UCL – sepertimana yang pernah mereka lakukan sebelum ini.