Ini Sebab ‘Ayahanda Analisis Taktikal’ Tak Setuju Arsenal Beli Cancelo

Jonathan Wilson dianggap bapa analisis bola sepak dalam bidang penulisan buku.

Dia terkenal dengan buku Inverting The Pyramid yang menjadi buku wajib milik untuk penggemar taktikal bola sepak.

Terbaru, dalam podcastnya, dia memberikan amaran agar Arsenal tidak menandatangani Joao Cancelo.

Cancelo dikaitkan dengan Arsenal kerana hubungannya dengan Arteta. Cancelo gagal menarik perhatian pengurusan Bayern untuk menebus kontraknya secara tetap atau melanjutkan tempoh pinjamannya.

Bermakna pemain itu harus kembali semula ke Man City akhir musim ini.

Di mana dia tidak sehaluan dengan Guardiola kerana mempertikaikan sistem penggiliran yang diamalkan Guardiola.

Dia tak suka duduk di bangku simpanan.

Di Bayern dia turut kehilangan tempat dalam kesebelasan utama. Dan dia juga kurang gembira dengannya.

Arsenal dikaitkan dengan pemain itu. Cancelo boleh bermain di kiri dan kanan pertahanan sayap.

Namun Jonathan Wilson meminta Arsenal mempertimbangkan impak pemain itu kepada Gabriel Martinelli.

Kerana sebelum ini, ketika Cancelo di Man City, Jack Grealish bergelut dengan prestasinya. Ajaibnya selepas Cancelo banyak disisihkan dan kemudian dipinjamkan ke Bayern, Jack Grealish cemerlang di atas padang.

Menurut Wilson, Martinelli memiliki gaya permainan mirip Grealish. Dengan adanya Cancelo, dia akan mengurangkan kebebasan pemain sayap di serangan.

Cancelo suka naik ke atas dan masuk ke dalam kotak penalti atau berlegar di luar kotak penalti.

Itu membuatkan Grealish selalu berkorban untuk lebih defensif kerana ruang di belakang Cancelo perlu dikawal.

Grealish juga dikatakan kerap keliru dengan peranannya. Kerana dia merasakan, dia yang menjadi sokongan kepada Cancelo ketika menyerang bukan sebaliknya.

Wilson berkata: “Pada pandangan saya, Grealish jaug lebih baik selepas Cancelo pergi.”

“Dia sebelum ini tidak menjadi pemain yang aktif masuk ke dalam zon serangan seperti di Aston Villa, kerana Grealish ada full back yang sentiasa melakukan overlapping.”

“Grealish kelihatan lebih gembira ketika ketiadaan Cancelo di padang dan memiliki John Stones yang naik ke atas untuk menjadi pemain tengah. Bermaksud 2 bek sisi City harus bermain lebih ke bawah.”

Wilson menambah. Berbeza dengan Zinchenko di Arsenal. Dia memberikan kebebasan kepada Martinelli untuk berada di mana sahaja dia mahu. Dengan Zinchenko akan menyokong pemain itu dari bawah secara sistem.

Analisis Wilson itu mungkin tidak digemari Arteta. Kerana menurut The Guardian, Arteta merasakan inilah peluang untuk mereka mendapatkan bek sisi berkelas dunia.

Baca yang lain