Ini Sebab Barcelona Tolak Tawaran Sevilla Untuk Ansu Fati

Barcelona tidak begitu melayan panggilan daripada Sevilla yang berminat mahu mendapatkan Ansu Fati secara pinjaman.

Barcelona anggap Sevilla seperti kelab yang tak tahu malu kerana sebelum ini seringkali menikam Barcelona dari belakang.

Sevilla sebelum ini menawarkan pilihan kepada Barca untuk mengurangkan bil gaji pemain mereka. Memandangkan Barca sendiri sedia meminjamkan Fati ke kelab lain.

Bagi membolehkan pemain itu mendapat lebih minit permainan dan pada masa yang sama boleh mengurangkan gaji pemain mereka.

Beberapa bulan lalu, Ansu Fati dilaporkan pernah berjumpa dengan Hansi Flick dan menyatakan bahawa dia mahu menyertai Sevilla secara pinjaman,

Ansu Fati pernah bermain untuk pasukan akademi Sevilla sebelum dia menyertai Barcelona.

Beberapa tahun lalu Ansu Fati dianggap wonderkid dan The Next Messi. Dia malah diberikan jersi nombor 10 yang dikosongkan Lionel Messi.

Dia malah menjadi nadi penting pasukan kebangsaan Sepanyol pada masa itu.

Namun kariernya tiba tiba bermasalah. Selain daripada krisis prestasi, dia juga berdepan beberapa siri kecederaan. Pernah membuat perpindahan secara mengejut ke Brighton secara pinjaman.

Ansu Fati masih gagal mendapatkan prestasi terbaiknya. Dan Sevilla yakin bahawa mereka boleh membantu pemain itu mendapatkan semula keyakinan dan prestasinya.

Selepas rundingan pertama dibuat, Barca terus menghentikan rundingan. Ini kerana pengurusan tertinggi Barca menyampah dengan Sevilla.

Kelab itu antara kelab yang dibenci oleh pengurusan Barca pada ketika ini. Kerana kelab itu dikatakan sentiasa cuba menjatuhkan Barcelona dalam beberapa isu.

Sevilla antara kelab yang lantang mahukan Barca dihukum ketika kelab itu masih disiasat untuk kes Negreira.

Baru baru ini, Sevilla antara kelab paling kuat menyokong pakatan beberapa kelab di La Liga yang mahu mengambil tindakan perundangan ke atas La Liga atau RFEF jika Dani Olmo dan Pau Victor berjaya didaftarkan.

Barcelona masih berjuang untuk mendaftarkan Dani Olmo dan Pau Victor. Dengan kelab itu sedia membawa kes ini ke mahkamah rayuan.

Mereka pernah memenangi kes serupa di mahkamah rayuan berkaitan dengan pendaftaran pemain melibatkan Gavi sebelum ini.

Barcelona mendakwa perubahan peraturan mengejut telah membuatkan mereka tidak dapat menggunakan baki gaji Ter Stegen untuk membantu pendaftaran Dani Olmo atau Pau Victor.

Ini kerana La Liga meganggap slot Ter Stegen diisi oleh Szczesny. Sedangkan baki gaji Ter Stegen masih sangat besar apabila ditolak gaji Szczesny.

Musim sebelum ini pendaftaran gaji pemain adalah berdasarkan jumlah gaji keseluruhan.

Joan Laporta kekal yakin bahawa Pau Victor dan Dani Olmo akan dapat didaftarkan.

Dani Olmo ketika ini menjadi ejen bebas sesuai dengan klausa khas dalam kontraknya. Membuatkan Barcelona risau kehilangan pemain itu, jika Dani Olmo mahu memutuskan berunding dengan kelab lain.

Barca masih perlu membayar gaji pemain itu sehingga 2030 dan membayar ansuran perpindahan masih tertunggak EUR48 juta – jika Olmo meninggalkan Barca dan menyertai kelab lain.

Terdapat juga tekanan bahawa Dani Olmo harus mencari kelab baharu untuk menjamin tempatnya dalam skuad kebangsaan.

Ini kerana peraturan RFEF menetapkan hanya pemain yang bermain dengan kelab profesional sahaja boleh mewakili La Roja.