Ini Sebab Diakhaby Tak Mahu Sertai Kempen Anti Rasisme La Liga

Pemain pertahanan Valencia, Mouctar Diakhaby tidak menyokong tindakan pemain Mallorca dan Valencia ketika mereka memegang sepanduk menentang perkauman sebelum pertemuan LaLiga mereka pada hari Khamis.

Sepanduk, “Racists, out of football”, adalah salah satu inisiatif yang timbul selepas kes Vinícius minggu ini.

Di mana Vinicius diserang dengan perkauman ketika aksi di Mestalla.

Vinicius mengecam La Liga dan Javier Tebas yang menurutnya tidak pro aktif dalam mengambil tindakan kepada golongan rasis.

Jadi, dalam aksi antara Real Mallorca dan Valencia, satu sepanduk laungan kempen anti rasisme di buat.

Apa yang mengejutkan, Diakhaby berdiri jauh dari pemain lain, yang memegang sepanduk bersama-sama bersama pegawai perlawanan.

Bek tengah itu jelas tidak menyokong diskriminasi perkauman. Pada masa yang sama dia juga tidak menyokong tindakan rakan rakannya dan pemain lawan.

Ini kerana pemain itu menganggap terdapat layanan berbeza atau double standard kepada mangsa perkauman. Ianya kerana kepentingan untuk pihak berkuasa serta liga.

Dia membandingkan kes perkauman yang dia terima berbanding Vinicius. La liga dan pihak berkuasa dilihat lebih aktif bertindak kerana Vinicius pemain lebih popular dan bermain untuk kelab lebih berpengaruh, Real Madrid.

Dua musim lalu, Diakhaby didakwa menjadi mangsa penghinaan perkauman yang dilakukan oleh pertahanan Cádiz Juan Cala dalam perlawanan antara Cádiz dan Valencia.

Di mana kes itu ibarat dilupakan begitu sahaja.

Diakhaby, yang menyiarkan tweet di media sosial untuk menyokong Vinícius, namun dia menghentam La Liga yang tutup mata sahaja dengan Cala.

ggg4444g4ggggggg4444ggggg

Baca yang lain