Ini Sebab Donnarumma Dilarang Pakai No.99 Walaupun Nombor 1, 16, 30 Sudah Dimiliki

Dengan kehadiran Donnarumma ke PSG, kelab itu kini memiliki 9 penjaga gol profesional di dalam kelab mereka.

Gianluigi Donnarumma sah menyertai PSG secara percuma dari AC Milan. Namun hasrat pemain itu untuk memakai jersi 99 tidak kesampaian dan dilarang sama sekali.

Lantas abang long Fadil Itali itu sah akan memakai jersi no.50. Sebenarnya agak rumit peraturan di Ligue 1 ini. Bukan sahaja menghadkan nombor jersi, namun turut menetapkan nombor khas untuk penjaga gol.

Berbeza di beberapa liga sebelum ini, hanya mengetatkan had nombor jersi tapi penjaga gol boleh bebas memilih mana mana nombor dari kalangan nombor tersebut.

Nombor 99 merupakan nombor kegemaran Donnarumma di peringkat kelab. Dia memakai jersi itu sejak debut dengan AC Milan pada usia 16 tahun lagi.

Alasan Donnarumma memakai jersi 99 kerana nombor itu menandakan tahun kelahirannya.

Di Ligue 1, mereka melarang Donnarumma memakai jersi yang dianggap memiliki nombor fancy. Malah sebelum ini pernah melarang Mario Balotelli daripada memakai jersi 45 ketika di Nice dan Marseille.

Ligue 1 menetapkan jersi penjaga gol haruslah bernombor 1, 16 dan 30. Dan ketiga tiga nombor itu sudah menjadi milik Keylor Navas, Sergio Rico serta Alexandre Letellier.

Jadi, Ligue 1 memberikan dua pilihan kepada Donnarumma sebagai alternatif iaitu nombor 40 ataupun nombor 50 — yang dikatakan sebagai pengecualian khas selepas 3 nombor utama ada pemiliknya.

Dipetik daripada Balls.ie: Peraturan LFP #670: “Setiap pemain Ligue 1 dan 2 perlu mendaftarkan nombor mereka sekurang kurangnya 72 jam sebelum sepak mula pertandingan.”

“Senarai tersebut tidak boleh melebihi 30 nama dan nombor 30 adalah nombor terakhir dalam senarai. Dan ianya perlu dikemaskini setiap kali ada berlaku aktiviti keluar masuk pemain.”

“Jika sesebuah kelab memiliki lebih 30 pemain profesional yang masih berkontrak, lembaga LFP akan memberikan pengecualian khas.”

“Nombor 1, 16 dan 30 secara eksklusif adalah untuk penjaga gol. Dan nombor 40 boleh digunakan jika perlu.”

Baca yang lain