Ini Sebab Henderson Layak Dinobatkan Pemain Terbaik Tahunan Premier League

Ketu pasukan Liverpool, Jordan Henderson dianggap sebagai calon yang layak memenangi Anugerah Pemain Terbaik PFA, kata Jason Cundy.

Kita kini menghampiri Februari dan terdapat beberapa pemain yang dipilih untuk menjadi calon yang jelas untuk anugerah PFA Player of the Year.

Liverpool telah menguasai Liga Perdana setakat ini, dengan mendahului Manchester City dengan jurang sebanyak 22 mata.

Hal ini jarang dapat dilihat di pentas Premier League. Jarak mata yang begitu jauh dan Liverpool sudah hampir pasti untuk merangkul Kejuaraan Liga lebih awal.

Antara pemain yang disebut-sebut sebagai pilihan terbaik untuk memenangi Anugerah Pemain Terbaik itu adalah Sadio Mane.

Mane telah mengharungi musim ini dengan sangat cemerlang. Satu demi satu kejayaan berjaya beliau capai. Kini beliau telah menjaringkan 11 gol dan lapan bantuan jaringan untuk Liverpool setakat musim ini.

Virgil van Dijk masih menunjukkan kekebalan beliau sebagai pertahanan terakhir Liverpool musim ini. Beliau juga menjaringkan gol untuk pasukan.

Benteng pasukan Liverpool menjadi begitu kuat musim ini adalah pengaruh dari beliau jadi tidak mustahil beliau boleh mengekalkan Anugerah Pemain Terbaik itu untuk menjadi miliknya.

Sementara itu seorang lagi pertahanan Liverpool, Trent Alexander Arnold juga layak untuk mendapat tempat dalam Anugerah Pemain Terbaik bagi musim ini.

Dari 24 perlawanan liga musim ini Trent telah membuat 12 bantuan jaringan meletakkan beliau sebagai pilihan untuk memenangi Anugerah itu musim ini.

Henderson Layak Menang Anugerah PFA

Satu-satunya pemain bukan Liverpool dalam senarai kali ini adalah Kevin De Bruyne. Beliau telah menjaringkan Tujuh gol dan 17 bantuan gol yang luar biasa buat Manchester City.

Tetapi, menurut Jason Cundy, ada seorang pemain yang namanya tidak disenaraikan diatas adalah yang sebenarnya layak untuk memenangi Anugerah Pemain Terbaik Tahunan musim ini.

Wakil dari talkSPORT itu sebenarnya percaya Jordan Henderson, kapten Liverpool, harus memenanginya pada musim ini.

Cundy percaya bahawa Henderson sebenarnya pemain yang sangat luar biasa. Henderson boleh bermain untuk mana sahaja pasukan dalam England dan dia boleh memberikan sesuatu untuk pasukan itu.

“Jelas pemain Liverpool akan memenangi Pemain Terbaik Tahunan” kata beliau. “Saya fikir Jordan Henderson mempunyai peluang yang lagi baik dari pemain lain untuk memenangi Anugerah Itu.

Dia sangat bagus dan setakat ini beliau menunjukkan aksi yang sangat bagus sebagai seorang pemain tengah untuk pasukan Liverpool”.

“Dia berada di kelasnya yang tersendiri, kerja keras dan usaha beliau didalam padang tidak mendapat perhatian dan menjadi “HeadLine” mana-mana media.

kerja keras beliau tidak mendapat perhatian kerana beliau tidak beraksi seperti Kevin De Bruyne yang menjadi tunjang utama bahagian serangan City.

beliau juga tidak memenangi banyak Tackle seperti Steven Gerrad,kerana itu lah beliau dianggap sekadar pemain biasa diatas padang”.

“Tetapi sekarang, dia layak untuk bermain ke dalam mana-mana pasukan di negara ini. Dia juga layak untuk masuk ke pasukan Manchester City.

Usaha dan kerja keras beliau didalam padang tidak disedari sepenuhnya. Dia sangat “Underrated”.

Henderson Nadi Liverpool

Beliau adalah penghubung untuk unit serangan Liverpool. Beliau akan memulakan serangan dari tengah dan beliau juga akan memulakan pertahanan dari dengan menyerap asakan awal dari lawan.

Tanpa Henderson Liverpool adalah pasukan yang sangat berbeza”.

Cundy kemudian berkata bahawa pemain midfielder Liverpool itu harus dipilih menjadi kapten England untuk Kejohanan Eropah yang akan datang.

Tapi sejujurnya dia tidak melakukan  sepenuh musim yang berjaya untuk disenaraikan sebagai PFA (PLAYER OF THE YEAR).

Henderson telah melakukan yang terbaik. Beliau sememangnya layak untuk Anugerah itu, tetapi Mane, Van Dijk dan Mo Salah lebih berpengaruh berbanding beliau sendiri musim ini.

Namun begitu statistik juga tidak memihak kepadanya. Beliau hanya menjaringkan Tiga gol dan Empat bantuan gol yang mana hal itu sukar hendak dihandingkan dengan apa dicapai oleh De Bruyne pada musim ini.

Hal ini sangat tidak adil buat Henderson, dia hebat musim ini dan dia adalah seorang ketua pasukan yang harus dijadikan contoh oleh pemain Liverpool yang lain.

Beliau hampir pasti untuk menjadi ketua pasukan pertama Liverpool untuk menjulang Primier League selepas penantian selama 30 tahun.

Beliau juga mungkin akan mendapat penghormatan untuk menjulang Champions League kali kedua berturut-turut.

Tetapi, dari segi pencapaian individu terbesar Liga Perdana, dia mungkin belom boleh menjadi pesaing untuk Anugerah itu musim ini.

Baca yang lain

Tuchel Tuduh Pengadil Memihak Arsenal

Thomas Tuchel menuduh pengadil sebagai berat sebelah memihak kepada Arsenal. Ini selepas beberapa keputusan pengadil dianggap memihak Arsenal dan tidak kepada Bayern.