INEOS membuat keputusan drastik berkaitan dengan jawatan Sir Alex Ferguson di kelab itu sebagai duta global yang digalasnya sejak 2013. Tindakan ini diambil dalam usaha mereka untuk mengurangkan kos operasi kelab.
Sir Alex Ferguson dibayar £2.16 juta untuk perkhidmatannya sebagai sebahagian daripada perjanjian yang telah lama wujud di kelab itu.
Walau bagaimanapun, kini dilaporkan bahawa hubungan itu telah diputuskan – dengan INEOS mengambil keputusan itu kerana langkah penjimatan kos.
Ratcliffe memaklumkan Ferguson dalam pertemuan secara bersemuka dan isu itu dikatakan telah ditangani secara baik tanpa sakit hati antara mana mana pihak.
Legenda berusia 82 tahun itu akan kekal sebagai pengarah bukan eksekutif dan masih dialu alukan untuk menghadiri perlawanan, tetapi tidak akan menerima bayaran selepas tamat kempen musim ini berakhir – menurut The Athletic.
Langkah itu susulan daripada INEOS yang pada Julai lalu memberitahu kakitangan bahawa 250 pekerjaan akan dikurangkan pada. Misalnya musim lalu, pakej percuma untuk kakitangan untuk perlawanan akhir piala FA dibatalkan dan parti Krismas untuk pekerja juga dibatalkan.
Firma perunding Interpath Advisory telah diupah untuk menasihati INEOS dan United mengenai perniagaan mereka dan menghasilkan cara efisien untuk mengurangkan kos.
In a face-to-face meeting at Old Trafford, Sir Jim Ratcliffe told Sir Alex Ferguson that Manchester United are seeking to reduce costs and are no longer prepared to continue his payments.
Ferguson became a global ambassador for #MUFC in October 2013 and received £2.16m per year… pic.twitter.com/so9IZavlky
— The Athletic | Football (@TheAthleticFC) October 15, 2024
Baru baru ini United menjangkakan kelab akan “merealisasikan penjimatan kos tahunan kira-kira £40m hingga £45m” berikutan pelbagai langkah.
Ferguson, yang menguruskan United selama 26 tahun, adalah orang pertama yang Ratcliffe bercakap dengannya apabila dia bersetuju untuk membeli kepentingan dalam kelab itu pada Januari.
Dia duduk di sebelah Ferguson dalam kotak pengarah dalam aksi berakhir keputusan seri 2-2 menentang Spurs dan bercakap dengan penuh semangat tentang penglibatannya dalam kelab itu sebagai pegawai khas kelab.
“Dia adalah orang pertama yang saya temui ketika saya pergi ke sana yang saya fikir ianya dalam minggu kedua Januari dan saya mengadakan pertemuan dari 9 pagi hingga 10 pagi di rumahnya dan berlarutan sampailah 1 tengah hari,” kata Ratcliffe kepada pemberita pada Februari lalu.
“Dia tidak pernah berhenti. Dia ada banyak pengalaman, banyak cerita untuk diceritakan dan banyak pemikiran tentang kelab.
“Saya tidak fikir dia telah digalakkan untuk terlibat tetapi dia masih sangat memikirkan tentang kelab dan dia mempunyai banyak pengalaman. Dia benar-benar memahami nilai dan tradisi kelab dan apa itu semua. Dia masih berdaya saing, itulah Alex Ferguson.”
Bryan Robson dan Andy Cole adalah juga antara bekas pemain yang terlibat dengan United atas kapasiti duta.
I can't believe they sacked Sir Alex Ferguson before Ten Hag.
— M🍥 (@Mo_utdred) October 15, 2024