Ini Sebab Jackie Chan Tak Mahu Mewariskan $400 Juta Hartanya Kepada Anaknya

Jackie Chan bukannya nama asing dalam industri perfileman Hong Kong dan Hollywood.

Dia masih menjadi salah seorang pelakon yang menerima bayaran tertinggi di dunia.

Forbes pernah melaporkan bahawa Jackie Chan meraih $40 juta dalam masa setahun dari 2019 sehingga 2020.

Dan kini hartanya secara terkumpul lebih $400 juta.

Jackie Chan pernah menyatakan bahawa dia tidak akan mewariskan hartanya itu kepada anaknya Jaycee Chan.

Jackie Chan malah merancang mahu mendermakan kesemuanya kepada kebajikan.

Alasan utama Jackie Chan adalah, jika anaknya mahukan wang sebanyak itu, dia boleh berusaha mencarinya sendiri.

Dia sedia membantu anaknya untuk mencapai matlamat hidup.

Namun Jackie Chan tidak mahu anak lelakinya itu malas dan kemudian memikirkan bahawa dia sudah ada $400 juta untuk diwarisi daripada ayahnya.

Dipetik daripada Channel News Asia, Jackie Chan berakata: “Jika dia berkemampuan, maka dia boleh membuat wang sendiri.”

“Jika tidak, maka dia cuma membazirkan duit saya sahaja.”

Jaycee merupakan anak lelaki Jackie Chan hasil perkahwinannya dengan Joan Lin, yang dia kahwini pada 1982.

Jaycee juga terlibat dalam dunia seni persembahan. Dia adalah pelakon dan penyanyi.

Namun pada 2014, Jaycee Chan pernah ditangkap kerana penyalahgunaan dadah.

Ketika mendapat tahu anaknya bermain najis dadah, Jackie Chan mengakui sangat malu dan marah. Dia malah membuat kenyataan maaf secara terbuka kepada media.

Kerana keluarganya adalah figura awam, jadi pastinya ianya boleh mempengaruhi ramai anak muda lain.

Jackie Chan ketika itu meminta kanak kanak dan remaja agar tidak meniru kelakuan Jaycee dan mengambil iktibar daripadanya.

“Saya berharap, anak anak muda akan melihat Jaycee sebagai satu pengajaran bahawa dadah boleh membinasakan.”

“Saya tidak boleh menyalahkan anak saya 100%. Kerana ini juga bukti bahawa saya pun turut gagal mendidik anak saya. Jadi saya mengambil tanggungjawab ini sebagai seorang ayah.”

“Jaycee dan saya meminta maaf tulus dari lubuk hati kami kepada masyarakat.”

“Saya benar benar malu dengan apa yang telah dilakukan oleh anak saya. Selain itu, ini juga bukti saya turut gagal mendidiknya. Saya tidak akan masuk campur dalam urusan berkaitan hukumannya.”

Jackie Chan tidak menggunakan pengaruhnya untuk membebaskan anaknya daripada penjara. Dia malah meminta Jaycee menjalani sahaja hukuman atas kesalahannya.

Dia mahu anaknya menjalani hukuman penjara sama seperti rakyat yang lain apabila mereka bersalah.

Ketika Jaycee dibebaskan daripada penjara, Jackie Chan menyambut anaknya itu dan dia sendiri menggunting rambut anaknya.

Walaupun Jackie Chan pernah menyatakan dia tak akan mewariskan harta kepada anaknya sama sekali, itu mungkin hanya motivasi agar anaknya berusaha mencari hartanya sendiri. Mana ada ayah di dunia ni nak berkira sangat soal harta kepada anak mereka kan?

Baca yang lain